`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, June 17, 2022

4 lembu mati dirempuh ambulans; pemandu, 4 penumpang selamat

 

Bahagian depan ambulans mengalami kerosakan teruk. (Gambar Facebook)

KOTA BELUD: Lima individu yang menaiki sebuah ambulans menempuh detik cemas apabila kenderaan itu merempuh sekawan lembu di Jalan Kota Belud-Kota Marudu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi tadi, semua mangsa terdiri daripada doktor, jururawat, pemandu, pesakit dan keluarga pesakit bagaimanapun terselamat.

Namun, empat lembu mati akibat dilanggar ambulans itu.

Ketua Polis Kota Belud, Shahrudin Mat Husain, berkata siasatan mendapati ambulans milik Hospital Kudat dan pemandunya ketika itu dalam tugas rasmi membawa pesakit ke hospital di Kota Kinabalu.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Empat lembu mati akibat dirempuh ambulans dalam kejadian itu. (Gambar Facebook)

“Sebaik tiba di lokasi ketika berada di jalan lurus, tiba-tiba kawanan lembu berlari dan melintas dari arah kanan ke kiri jalan. Disebabkan jarak terlalu dekat, pemandu ambulans tidak dapat mengelak lalu melanggar lembu berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, akibat kejadian itu lembu berkenaan mati di atas jalan dan sehingga kini belum ada individu mengaku sebagai pemilik haiwan berkenaan.

“Dalam kejadian itu juga, pemandu dan penumpang iaitu doktor, jururawat, pesakit dan seorang lagi ahli keluarga pesakit dilaporkan selamat serta tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Shahrudin berkata, kes disiasat bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.