Pagi ini saya terkejut juga baca berita berikut di laman World of Buzz (klik sini) mengenai kontrak RM519 Juta setahun untuk maintenance Istana Negara. Berita berikut:
- company offered contract worth RM519m for management of Istana Negara
- ‘current projects’ in company’s website, Istana Negara’ contract RM519.4m
- they previously completed same project in 2015, for RM82.3 million.
- “This is where our taxes go”
- sparked outraged from Malaysians
- made to pay taxes in Malaysia
- JKR can’t fix potholes but can spend half billion for this
- money could’ve gone for schools and hospitals.
- RM519 million equals how many schools? Hospitals? New roads
- Hospital upgrade no budget, schools, internal infrastructures horrible
- Ismail Sabri kata GST bantu kerajaan menampung beri subsidi bagi rakyat
- Kerajaan tidak menolak kemungkinan GST untuk tambah pendapatan negara
- bagi menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat
- Sabri kata GST mampu bantu kerajaan menampung subsidi rakyat
- Kita kehilangan RM20b bila kita memansuhkan GST
My Comments : Saya rasa cukuplah saya petik sedikit saja berita dungu ini. Berita psycho betul.
Tuan-Tuan, kita sudah dekat nak pokai. Tak pokai pun kewangan kita semua menghadapi pelbagai kepincangan.
Jadi untuk membantu kita, Perdana Menteri Brader Ma'el bercadang untuk ambil banyak lagi duit kita - melalui GST - so that kemudian dia boleh bagi balik sedikit daripada duit kita itu kepada kita.
First dia akan ambil duit kita menerusi GST and then kemudian dia akan guna duit kita yang dia ambil itu untuk 'bantu kita balik'. BANYAK CANTIK !
JADI TUAN-TUAN RUPANYA KITALAH YANG BAGI SABSIDI KEPADA KERAJAAN.
Dia macam ini Tuan-Tuan. Bila terbaca lojik cukai GST oleh Brader Ma'el ini saya teringat dulu ada cerita consultant (konsultan dalam bahasa Melayu). Konsultan itu diupah oleh Kementerian Jam Dan Waktu dengan gaji lumayan untuk kasi tahu jam pukul berapa sekarang? To tell the time. What is the time?
Konsultan itu pula minta pinjam jam tangan mewah kepunyaan Menteri yang melantik dia, kemudian dia tengok jam itu dan dia kasi tahu lah sekarang jam pukul berapa. Kemudian dia pulangkan jam mewah itu kepada Menteri. Dan untuk perkhidmatan konsultan yang cemerlang itu dia pun dibayar upah yang tinggi.
Walaupun ini hanya cerita karut tetapi tidak jauh daripada lojik Brader Ma'el. Mula aku ambil duit kau, lepas itu aku tolong bagi sikit duit kepada kau.
- Mula puka-.
- Lepas tu saka-.
- Nanti tolong kau.
Tapi Tuan-Tuan ingat baik-baik. Bukan semua duit kita yang dia nak ambil itu akan dapat balik ke dalam tangan kita.
Sebab sebahagian duit itu akan digunakan untuk bayar kontrak RM519 Juta tadi.
Saya diberi faham, beberapa hari sudah Kerajaan bayar RM7.5 Billion hutang 1MDB. Dan Oktober ini Kerajaan perlu bayar RM7.5 Billion hutang 1MDB lagi. Sudah jadi RM15 Billion.
RM15 Billion merupakan 75% daripada kutipan GST RM20 Billion yang Brader Ma'el sebut tadi.
JADI TUAN-TUAN TOLONGLAH JANGAN SELALU KENA PUKAU DAN SAKAU. KITALAH YANG BAGI SABSIDI KEPADA KERAJAAN.
Wa akhirul kalam : Saya pun tengok lah gambar latest dari Tokyo itu. Ramai menteri berkumpul di Tokyo. What do you think they are discussing? Apakah mereka yang berjumpa secara "terkejut tergempar" di Tokyo itu sedang menangis mengenang nasib Tuan-Tuan? Jangan jadi bodoh.
Mereka tengah bincang 'Satu untuk kau, satu untuk aku. Satu untuk kau, dua untuk aku.' Itu saja.
- "Kalau geng kau sokong aku jadi PM, nah aku bagi banyak ini kepada geng kau."
- "Kalau kau tak setuju aku tarik sokongan aku. Kau tak dapat apa pun."
- "Ok kau cakaplah, what do you want? Geng kau nak apa?"
Percayalah itu yang mereka sedang berjumpa beramai-ramai di Tokyo.
'Satu untuk kau, satu untuk aku. Satu untuk kau, dua untuk aku.'
Tuan-Tuan tahu tak masa zaman Sleepy PM disuruh berhenti dulu (tahun 200x) dia dapat banyak 'golden handshake' sebagai 'pelicin' dan 'penawar'. Bukan saja tanah empat ekar di KL itu tetapi banyak lagi. Antaranya sekeping tanah lebih se-ekar di K----ng Ke--nci. Nilainya hari ini berpuluh juta.
Itu semua harta kita punya. Harta kepunyaan rakyat. Depa bagi sesama depa.
Sekarang depa nak suruh kita bayar GST lagi.
Soalan cepu mas : Siapa bodoh? Depa bodoh ke atau Tuan-Tuan yang bodoh?
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.