`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, June 5, 2022

Harga roti canai mungkin naik hingga 50 sen akhir bulan ini, kata Presma

 

Presiden Presma, Jawahar Ali Taib Khan, berkata setakat ini ahli persatuannya masih mengekalkan harga sama roti canai, namun beliau menyatakan kebimbangan harga makanan itu mungkin naik sedikit pada hujung bulan ini.

PETALING JAYA: Harga roti canai di restoran mamak di Lembah Klang mungkin meningkat pada harga antara 20 sen hingga 50 sen, pada akhir Jun, sekiranya harga berasaskan gandum kekal melambung.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) Jawahar Ali Taib Khan, memberi alasan bukan sahaja tepung gandum, malah turut berlaku peningkatan harga membabitkan kacang dal dan minyak masak.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini ahli persatuan masih lagi mengekalkan harga lama.

Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi memastikan restoran berkenaan masih boleh meneruskan operasi seperti biasa, sekali pun purata keuntungan yang diraih sangat kecil.

“Ketika ini, roti canai dijual pada harga RM1.20 hingga RM1.70 sekeping, tetapi harga seguni tepung gandum seberat 25kg sebelum ini dijual pada harga RM45, kini berharga RM65.

“Jika ini tidak dikawal, saya bimbang akan ada sedikit kenaikan harga produk berasaskan gandum oleh 4,500 ahli Presma di lebih 9,000 rangkaian restoran mereka pada akhir Jun ini,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Jawahar Ali berkata, sebarang kenaikan harga makanan itu akan dirujuk terlebih dahulu kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Bagaimanapun, beliau berharap kerajaan segara mencari jalan bagi menyelesaikan masalah itu seperti menambah senarai negara pengeluar gandum untuk mengimport komoditi itu.

“Kalau ada pun dalam jumlah kecil sangat tetapi pada dasarnya kami cuba bertahan sebab kami sekarang bukan beli tepung, kami beli doh yang sudah siap dari pemborong,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.