`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, June 5, 2022

‘Takut kalah atau takut hilang gaji?’ soal Nur Jazlan kepada 3 Ahli Parlimen Umno

 

Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed, berkata Barisan Nasional (BN) tidak boleh menunggu lebih lama lagi kerana sekiranya terlambat momentum dan “mood” rakyat akan berubah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno Johor mahu Annuar Musa, Nazri Aziz dan Tajuddin Abdul Rahman tidak lagi “bercakap” kerana tidak menyumbang kepada kebaikan parti, susulan enggan menyokong pembubaran Parlimen lebih awal bagi membolehkan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan.

Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed, menggambarkan ketiga-tiga mereka sebagai “penakut”, selain hanya mahu menjaga “tembolok” sendiri.

“Saya memang pelik dengan sikap beberapa Ahli Parlimen dari Umno macam Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Raham yang beriya-iya sangat tak mahu PRU15 dibuat segera.

“Apa yang mereka takutkan? Takut kalah? Atau takut hilang gaji sebagai MP? Sepatutnya bila parti sudah menyatakan pendirian mahu PRU15 disegerakan, mereka kenalah beri sokongan padu demi kepentingan parti,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau yang juga bekas timbalan menteri dalam negeri berkata Barisan Nasional (BN) tidak boleh menunggu lebih lama lagi kerana sekiranya terlambat momentum dan “mood” rakyat akan berubah.

“Lagi pun, negara perlu diselamatkan segera ketika seluruh dunia berdepan dengan krisis ekonomi dan inflasi. Makin lambat kita bentuk kerajaan yang stabil dan berwibawa, negara akan makin terkebelakang dan makin sukar untuk menangani pelbagai macam kemelut yang melanda,” katanya.

Katanya, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob juga sudah melontar kemungkinan melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang tidak popular dan penyebab utama kerajaan BN jatuh, pada 2018.

“GST baik untuk mendokong kewangan kerajaan yang parah disebabkan oleh kegagalan pengurusan kerajaan PH (Pakatan Harapan) dan PN (Perikatan Nasional) serta Covid-19,” katanya.

Jazlan berkata, tidak mustahil BN akan dipersalahkan semula pada PRU15 kerana terpaksa melaksanakannya semula GST demi menutup segala kemusnahan dilakukan dua kerajaan gagal sebelum itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.