`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, June 22, 2022

HASIL CUKAI UNTUK BAYAR SABSIDI ORANG MISKIN PI TEMPAT LAIN, HASIL CUKAI UNTUK BAYAR GAJI JUTA RINGGIT CEO GLC, GAJI MENTERI, ELAUN YB, AP DAN HARGA KERETA TINGGI SEMUA KEKAL

 Dasar ekonomi bunuh diri dikekalkan. Dalam bahasa Jepun hara kiri maksudnya bunuh diri. Inilah dasar ekonomi hara kiri.

Mula, kita dengar sekali lagi pantun oleh Cik Puan misteri. (Puan, silalah letak nama)



 

Jadi pada 1hb Julai nanti (lapan hari lagi) kiamat kecil akan tiba juga di negara kita yang sungguh indah dan cantik ini. 

Butirannya kurang lebih seperti berikut:


 


  • removal of ceiling prices, subsidies July 1.
  • 1kg polybag (RM2.50 per packet) not affected.

  • Presently standard chicken RM8.90 per kg in Peninsular  
  • no ceiling price chicken expected to be RM10-RM12 per kg 

  • Malaysia ban chicken exports from June 1
  • affecting Singapore, 1/3 supply from Malaysia.
  • MoF noted cooking oil subsidy is RM6 per kg. 
  • current subsidy price RM8.50 per kg.
  • bottled cooking oil subsidy RM20m a month.
  • lifting ceiling price, abolish subsidies 
  • govt’s plan to introduce targeted subsidies to needy

 

My comments:

Kepada Menteri Ayam, Pegawai kerajaan in charge ayam dan pegawai yang sewaktu dengannya. 

Untuk mengelak harga ayam melambung naik pada 1hb Julai, please batalkan perintah haram export ayam ke Singapura.

Sebab bila pengharaman eksport ayam dibatalkan, penternak ayam akan tambahkan production ayam untuk memenuhi demand pasaran tempatan dan demand pasaran Singapura. 

Maksudnya fixed costs atau kos tetap pengeluaran ayam seperti kos buat reban ayam, kos beli tractor, kos sediakan tempat tidur pekerja Bangla (dengan api, air, toilet), kos memotong jalan tanah di ladang semuanya akan di puratakan (di-average-kan) atas jumlah ayam yang lebih besar.

Contohnya jika penternak perlu belanjakan RM200,000 untuk potong jalan tanah di ladang, buat tempat tinggal pekerja Bangla (dengan api, air, toilet) dan lepas itu dia berjaya hasilkan 100,000 ekor ayam untuk pasaran tempatan sahaja. Maksudnya average fixed cost atau purata kos tetap untuk hasilkan setiap ekor ayam adalah  RM200,000 / 100,000 = RM2 bagi setiap ekor ayam.

Lets say pada esok hari, pengharaman ekspot ayam ke Singapura dibatalkan. Tiba-tiba penternak ayam tadi menerima order untuk 100,000 ekor ayam dari Singapura.

Katakanlah jalan tanah  dan tempat tinggal pekerja Bangla yang telah siap tadi (dengan makan kos RM200,000) adalah cukup untuk menghasilkan 100,000 ekor ayam lagi maka average fixed costs atau purata kos tetap akan menurun seperti berikut : RM200,000 / 200,000 ayam = RM1 bagi setiap ekor ayam.

Jadi perbelanjaan kos tetap bagi setiap ekor ayam akan menurun 50% ia itu daripada RM2 satu ekor menjadi RM1 satu ekor ayam sahaja.

Ini bermakna penternak ayam terpaksa menurunkan harga jualan ayam  sebab kos dia pun sudah berkurangan.

Kalau dia tidak turunkan harga jualan, maka ladang ayam lain akan "memotong harga" sebab mereka pun menikmati penjimatan kos yang serupa yang mampu beri mereka ruang untuk price competition. 

Balik kepada Pantun oleh Cik Puan misteri tadi.  Yang berikut adalah gambaran Ekonomi Teh Tarik bagi negara kita.



Saiz ekonomi atau GDP negara ialah sekitar RM1400 Bilion. Daripada ekonomi RM1400 billion ini hasil cukai Kerajaan ialah sekitar RM160 Bilion sahaja.  Belum campur sedikit hasil lain seperti duit minyak. Belanjawan Kerajaan bagi 2022 adalah RM320 Billion.

Tuan-Tuan percayalah ini saja sumber duit yang ada untuk bayar ekonomi bumiputera. Duit gaji Penjawat Awam, gaji Menteri, gaji YB-YB, gaji CEO GLC, duit gaji cikgu sekolah, gaji mufti, gaji imam masjid, duit sabsidi minyak, duit sabsidi minyak masak, duit kontrak berbilion-bilion untuk kaum elit  semuanya datang daripada Hasil Cukai RM160 billion tadi, campur sedikit hasil royalti minyak.

Jadi mulai 1hb Julai maka Kerajaan akan jimat banyak juga duit sebab Kerajaan tidak akan bayar lagi sabsidi minyak masak atau sabsidi ayam. Harga ayam dan harga minyak masak serta harga semua barang lain akan naik. Maksudnya Tuan-Tuan  akan lebih miskin lah.

Macam mana pula gaji berjuta-juta CEO syarikat GLC yang banyak juga jadi bankrap? Gaji mereka pun diambil daripada sumber yang sama juga. Kalau Tuan-Tuan pula kena potongan sabsidi takkan dia orang tidak perlu potongan sedikit gaji juta-juta? Especially bila kerja senang lenang tetapi syarikat GLC pula tak terlepas rugi?

Macam mana pula gaji berpuluh ribu YB ahli Parlimen, ADUN dan Menteri-Menteri Kabinet? Potong sekali lah. RM5000 sebulan sudah cukup. Tak payah lah berpuluh ribu.

Macam mana pula projek berbilion-bilion bagi kaum elit? Tuan-Tuan perasan tak, tak kiralah siapa jadi PM pun - Najib ke, Dr Mahathir ke, Muhyiddin ke, Ismail Sabri ke tetapi kaum elit ini tetap kaya, mereka happy sahaja. Kontrak, lesen, permit pekerja Bangla, AP impot itu dan ini, francais monopoli, monopoli jalan tol dsbnya semua kekal dalam tangan mereka. Depa duduk relaks aje.

Minyak masak naik? Harga ayam naik? That is your problem. Itu bukan problem mereka.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.