`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, June 4, 2022

Jemaah umrah meninggal dunia setiba di KLIA

 

Seorang jemaah wanita yang baharu tiba selepas menunaikan umrah di Mekah, meninggal dunia sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

PETALING JAYA: Seorang jemaah wanita yang baharu pulang menunaikan ibadah umrah di Mekah meninggal dunia setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Menurut seorang mutawwif, Zakariya Abd Rasip, memaklumkan jemaah umrah itu rebah dan pengsan selepas keluar daripada pesawat.

Zakariya berkata, mangsa telah dibantu oleh kru kapal dan pasukan perubatan, namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Alhamdulillah jenazah Allahyarhamah jemaah umrah kumpulan dua dari Kota Tinggi, Johor telah kembali ke rahmatullah selepas keluar pintu pesawat.

“Jenazah juga telah selamat diuruskan dengan kerjasama baik dari kru Malaysia Airlines (MAS), kakitangan dan polis KLIA.

“Semoga Allah memuliakan Almarhumah husnul khatimah dan takziah buat seluruh keluarga,” katanya menurut laporan Kosmo.

Katanya, jenazah jemaah terbabit dihantar ke Hospital Serdang bagi urusan selanjutnya, sementara laporan juga telah dibuat di pejabat imigresen dan Balai Polis KLIA. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.