`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, June 4, 2022

Remaja seawal 18 tahun jadi perasuah, kata SPRM

 

Antara belia ditahan kerana kesalahan rasuah turut membabitkan pelajar universiti dan kakitangan kerajaan, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Norazlan Mohd Razali.

PETALING JAYA: Seramai 275 belia di bawah usia 30 tahun dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Norazlan Mohd Razali, berkata data berkenaan adalah bagi tempoh antara 2020 hingga 3 Jun 2022 dengan ada yang ditahan merupakan graduan universiti, termasuk kakitangan kerajaan.

“Untuk tempoh itu juga, seramai 254 belia berusia antara 24 tahun hingga 30 tahun turut ditangkap atas kesalahan rasuah. Keseluruhannya membabitkan 231 lelaki dan 44 wanita.

“Antara kesalahan rasuah yang dilakukan ialah memberi rasuah membabitkan 70 orang, kesalahan menerima rasuah membabitkan 123 orang dan bakinya lain-lain kesalahan rasuah,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Norazlan berkata, dalam tempoh antara 2020 hingga 3 Jun 2022 itu, seramai 151 orang sudah dituduh di mahkamah membabitkan 11 belia berusia antara 18 tahun hingga 23 tahun dan 140 belia berusia antara 24 hingga 30 tahun.

“Seramai sembilan orang berusia antara 18 hingga 23 tahun dan 76 orang belia berusia antara 24 tahun hingga 30 tahun sudah selesai perbicaraan dan didapati bersalah.

“Godaan rasuah, sama ada memberi rasuah atau lebih-lebih lagi menerima rasuah wujud terutamanya apabila penuntut tamat pengajian dan memasuki alam pekerjaan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.