`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, June 26, 2022

Kapal bawa muatan pasir karam, 2 pekerja hilang

 

Lokasi kejadian dua pekerja kapal membawa muatan pasir dilaporkan hilang selepas kapal terbabit karam di Sungai Batang Igan, Sibu.

PETALING JAYA: Dua pekerja kapal membawa muatan pasir dilaporkan hilang manakala dua lagi berjaya diselamatkan selepas kapal terbabit karam di Sungai Batang Igan, Sibu, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku berhampiran Kampung Bungan Kecil, terletak kira-kira 45 kilometer (km) dari daerah itu.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, identiti mangsa yang hilang masih belum dikenal pasti tetapi dianggarkan berusia sekitar 20an manakala mangsa yang selamat berusia 40an dan 50an.

Katanya, mereka menerima laporan berhubung kejadian itu dari Balai Polis Sungai Merah pada jam 6.05 pagi sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah dikejarkan ke lokasi.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Semasa kejadian pelapor sempat menyelamatkan dua orang pekerja kapal dan dipercayai ada dua lagi pekerja kapal itu masih berada di dalam kapal berkenaan,” katanya, lapor Bernama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu Zulkipli Suhaili ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian dan pasukan siasatan masih berada di lokasi kejadian. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.