`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, June 26, 2022

Klang, Kuala Langat antara lokasi terima amaran cuaca buruk

 

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu diramal berlaku di empat lokasi di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan negeri Selangor.

MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, cuaca buruk itu berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat.

“Amaran cuaca buruk itu dijangka berlaku sehingga jam 1 tengah hari ini,” kata MetMalaysia.

“Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.