`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, June 9, 2022

Keluarga Malaysia Makin Berkecai-Kecai : Sarawak Will Speak English

 



Mula sekali kita baca sedikit daripada titah Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Keputeraan Baginda pada 6hb Jun 2022. My comments in blue:
 

Titah Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Keputeraan

1. Pada hemat beta; pengurusan negara dalam era pasca pandemik memerlukan suatu rencana yang bitara mencakupi pelbagai sektor dan aspek kehidupan.

(OSTBMaksud 'bitara' ialah unik, hanya satu-satunya. Unique solutions. Maksudnya setakat ini Baginda YDP Agong belum lagi melihat kerajaan kemukakan unique solutions (rencana bitara)  untuk memulihkan negara dalam era pasca pandemik. Brader Ma'el sila ambil perhatian).

2. Bagi menempuh gelora masa hadapan; kerajaan beta dan semua pihak tanpa mengira fahaman politik; hendaklah berusaha merencana pelan jangka panjang bagi membawa negara kembali ke persada kejayaan.

(OSTB: Brader Ma'el, bagi saya ini adalah sindiran lagi hebat oleh Tuanku Baginda. Maksudnya ialah setakat ini Baginda YDP Agong belum lagi melihat kerajaan berusaha merencana pelan jangka panjang bagi membawa negara kembali ke persada kejayaan.  Brader Ma'el you have failed. 

Di Jepun, kalau Perdana Menteri mereka kena teguran serupa oleh Maharaja Jepun sudah tentu PM mereka akan ambil option untuk bersara secara VSS ('Voluntary Separation Scheme"). Cuma yang kena 'separation' itu mungkin kepala dia.  


'VSS' (Voluntary Separation Scheme) style Jepun.

 


3. Natijahnya; pemulihan negara memerlukan simbiosis yang erat antara kerajaan dan rakyat beta.

(OSTB : Again maksudnya tidak ada simbiosis erat antara kerajaan dan rakyat. Tempoh hari Brader Ma'el kata "orang tengah" harus diperangi. Tanpa memahami bahawa bukan saja "orang   tengah" mainkan peranan besar dalam ekomomi negara tetapi "orang tengah" juga menjadi rakyat setia Tuanku Baginda. Baginda inginkan kerajaan dan rakyat bersimbiosis erat memulihkan negara. Brader Ma'el pula tidak suka 'orang tengah'. So how?

Pemulihan dan kebangkitan negara yang diimpikan tidak mungkin akan menjadi realiti jika kita berpecah-belah dan gagal untuk mewujudkan landskap kehidupan yang stabil.

OSTB:  Tetapi hari ini saya terbaca berita berikut dari Sarawak:


Hari itu PM Brader Ma'el kata semua komunikasi rasmi Kerajaan hanya boleh gunakan bahasa Melayu. Maksudnya bahasa Inggeris (yang menjadi kelaziman kita juga) tidak akan digunakan lagi.

Lepas itu KSN pula yang seolah sudah naik berahi menyambut seruan Brader Ma'el letak syarat bahawa sesiapa Penjawat Awam yang gunakan bahasa Inggeris boleh diambil tindakan pula.

Hari ini Ketua Menteri Sarawak pula kata 'In Sarawak we've got our own stand and the state's civil servants can use English'.

Maksudnya Sarawak tidak peduli kepada hujah Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat. Ini pun sangat memalukan Perdana Menteri dan juga KSN. Kalau-lah di Jepun, memang kedua mereka sudah "VSS" pun.

The government is headed down the tubes. Itu kita boleh nampak dengan clear dan jelas. Perdana Menteri is so blur, saya tak tahu lah bila dia nak "siram pokok", dia terasa tak kalau kena kaki sendiri?   

Kalau Civil Service is strong, at least kita ada half chance of success. Tapi dengar lah berita berikut. Bukan saya cakap tau. Berita TV video channel entah mana cakap. 

 

                             Dang-dang pak gemuk jual udang, tak laku kena tendang.

 Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.