`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, June 20, 2022

Kepada Sahabat Saya Akhramsyah Sanusi, MTEM Dan Lain-Lain

 Saya telah menerima video tersebut daripada sahabat karib saya Akhramsyah Sanusi. Sila kita lihat video yang ringkas ini berkenaan kemiskinan di kalangan orang Melayu, kumpulan miskin yang agak baru yang makin menjadi-jadi seperti B60, B5, B20 dan B15 yang disebut oleh sdra Akhramsyah.

 


 

Bagi sesiapa yang biasa baca Blog saya OutSyed The Box, penulisan saya dalam surat khabar sebelum ini ataupun buku-buku saya, Tuan-Tuan boleh melihat sendiri bahawa segala warning dan teguran dan kad kuning serta kad marah yang saya telah tayangkan selama berpuluh tahun ini makin menjadi.

Tempoh hari saya terbaca al kisah seorang guru sekolah di Putrajaya yang memilih untuk bersara awal (53 tahun) kerana sudah tidak sanggup lagi membohongi markah untuk luluskan  anak murid yang dia kata tidak tahu membaca pun. Sistem pendidikan negara dan sebahagian besar jentera pentadbiran negara yang mempunyai kesan terbesar menentukan status ekonomi rakyat memang sudah rosak. Itulah sebabnya rakyat makin miskin.

Bantuan B40, bantuan B15 dsbnya hanya gula-gula beri kelegaan sementara. Ianya tidak membawa penyelesaian kepada  masalah ekonomi negara.

Negara kita memerlukan pemikiran ekonomi yang moden, dasar ekonomi yang moden yang setaraf atau lebih baik daripada negara lain untuk majukan rakyat. Semua rakyat kita.

Saya mempunyai sedikit cadangan di sini.

Carta berikut (contoh sahaja, daripada 2018) menunjukkan ekonomi negara TERDIRI daripada LIMA sektor ekonomi yang utama ia itu Services (Perkhidmatan), Manufacturing (Pembuatan), Construction (Pembinaan), Mining (Lombong), Agriculture (Pertanian), serta peratusan masing-masing dalam ekonomi negara.


Saya percaya LIMA sektor ekonomi ini terjadi dengan sendiri - ikut aliran ekonomi, ikut aliran zaman dan sebagainya.

Saya cadangkan kita membina semula sektor ekonomi negara kita menjadi 20 (dua puluh) sektor ekonomi utama yang tiap-tiap satunya tidak mlebihi 5% sahaja daripada ekonomi negara.

Contohnya sekarang ini Manufacturing menyumbangkan 23.6% kepada ekonomi negara. Saya cadangkan kita kekalkan dan majukan sektor manufacturing  bertambah lebih besar. Tetapi kita juga introduce sektor-sektor lain yang baru yang boleh menduduki tangga tinggi juga (tetapi tidak melebihi 5% daripada GDP negara).

Jadi walaupun sektor manufacturing begitu besar tetapi hanya menyumbangkan 5% GDP negara.

Kita majukan sektor baru seperti perisian IT software, aerospace technologies, medical tourism,  solar technology, universiti swasta antarabangsa yang masing-masing akan mempunyai sumbangan tidak lebih 5% daripada gdp ekonomi negara. Maksudnya ekonomi kita akan lebih diversified dengan 20 sektor ekonomi utama yang lebih berdaya tahan apabila berlaku kemelesetan ekonomi dunia.

Kita perlu gergasikan sektor-sektor ekonomi baru so that gdp kita memang diversified dan mampu kekal.

Inilah sedikit cadangan saya. Mempelbagaikan ekonomi negara tanpa sekatan, kuota, dasar pelik yang hanya telah memiskinkan rakyat Melayu dulu.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.