`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, June 20, 2022

Kes pukul di restoran, polis buru 2 suspek

 

Salah seorang suspek dipercayai memuat naik gambar bapa mangsa yang telah meninggal dunia dan mengaibkannya di media sosial, kata polis.

PETALING JAYA: Dua lelaki diburu polis selepas dipercayai terlibat dalam kes pukul dalam sebuah restoran di Bandar Mahkota Cheras akibat perselisihan faham di Facebook, pada Jumaat lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Mohd Nasir Drahman, kejadian pada 8 malam itu berlaku apabila mangsa yang berusia 48 tahun bertemu dengan dua lelaki di restoran itu untuk menyelesaikan masalah peribadi.

Katanya, salah seorang suspek dipercayai memuat naik gambar bapa mangsa yang telah meninggal dunia dan mengaibkannya di media sosial.

“Ketika berbincang, lelaki terbabit naik angin dan memaki hamun sebelum dia dan rakannya bertindak memukul mangsa menggunakan batang besi paip dan kerusi plastik.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala kemudian mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta dan menerima 12 jahitan di kepala,” katanya dalam kenyataan semalam, lapor Bernama.

Katanya, polis yang menerima laporan itu kini giat memburu kedua-dua lelaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat Sjn Ahmad Faizal menerusi talian 019-7691924 bagi membantu siasatan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.