`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, June 15, 2022

Malaysia Airports jamin kesalinghubungan selamat, lancar di seluruh negara

 

Sejak sempadan dibuka semula pada 1 April, kira-kira 20,000 hingga 30,000 penumpang antarabangsa melalui lapangan terbang antarabangsa kendalian MAHB setiap hari.

PETALING JAYA: Pengendali lapangan terbang utama Malaysia kini bersemangat menyediakan perkhidmatan untuk jumlah penumpang yang semakin meningkat bagi perjalanan domestik dan antarabangsa apabila keadaan sudah mula kembali normal.

Sejak sempadan dibuka semula pada 1 April, kira-kira 20,000 hingga 30,000 penumpang antarabangsa melalui lapangan terbang antarabangsa kendalian Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) setiap hari.

Dari segi trafik domestik, MAHB mengendalikan kira-kira 70,000 penumpang sehari melalui rangkaian 39 lapangan terbangnya.

Prospek bagi industri penerbangan Malaysia kini positif apabila penerbangan diteruskan semula. Ditambah dengan laluan penerbangan baharu, lapangan terbang terus menjadi titik kesalinghubungan yang penting untuk penumpang.

Tahun ini, 36 rakan kongsi syarikat penerbangan mengendalikan laluan penerbangan dari lapangan terbangnya ke 62 bandar antarabangsa di 28 negara.

Dari awal tahun ini hingga sekarang, pelbagai syarikat penerbangan menambah 28 bandar sebagai destinasi masing-masing. Ini jelas menunjukkan permintaan perjalanan udara telah meningkat.

Di peringkat domestik, syarikat penerbangan bukan sahaja meneruskan 100% laluan mereka malah segelintir meningkatkan kekerapan penerbangan.

Pada masa yang sama, MAHB menyambut baik permulaan operasi syarikat penerbangan komersial baharu, SKS Airways (KI) pada awal Januari, yang kini mengendalikan penerbangan ke Pulau Pangkor, Redang dan Tioman dari Lapangan Terbang Subang.

Pengendali lapangan terbang itu juga menghidupkan semula fungsi pelepasan dan pendaratan pendek (STOLport) di pulau-pulau untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada penumpang.

Di samping itu, MAHB berkata, ia membelanjakan kira-kira RM5 bilion untuk menaik taraf infrastruktur dan kemudahan lapangan terbangnya sepanjang 30 tahun lepas.

Ba’kelalan terletak sejauh lapan jam pemanduan dari bandar terdekat Lawas di Sarawak.

Lapangan terbang ini terdiri daripada lima lapangan terbang antarabangsa dan 17 domestik, selain 17 STOLport.

STOLport menjadi sebahagian daripada usaha tanggungjawab korporat MAHB untuk memastikan kesalinghubungan yang lancar terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan tanah tinggi dan terpencil. Penumpang yang menggunakan STOLport tidak membayar caj lapangan terbang.

STOLport memberi perkhidmatan kepada purata 170,000 orang setahun dan berfungsi sebagai hab kritikal bagi masyarakat luar bandar agar mereka boleh mendapatkan keperluan harian, bekalan ubat-ubatan dan akses kepada peluang pendidikan.

Ini terutamanya penting bagi penduduk Ba’kelalan apabila perintah kawalan pergerakan dilaksanakan di seluruh negara pada Mac 2020 dengan STOLport tempatan terbukti menjadi talian hayat utama bagi kawasan luar bandar Sarawak yang banyak bergantung pada pengangkutan udara untuk mendapatkan bekalan perubatan dan keperluan makanan.

Dikenali sebagai perbatasan terakhir Sarawak, Ba’kelalan terletak sejauh lapan jam pemanduan yang melelahkan dari bandar terdekat, Lawas, dengan separuh perjalanannya melalui jalan balak yang beralun menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Kini setelah ekonomi dibuka sepenuhnya, STOLport akan menjadi kunci untuk memulihkan ekonomi kawasan luar bandar dan terpencil, memudahkan aktiviti pelancongan dan perniagaan di samping menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.