`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, June 20, 2022

Nelayan jatuh bot ditemui lemas

 

Mayat mangsa dibawa menaiki bot ke jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban sebelum diserah kepada polis bagi tindakan lanjut. (Gambar APMM)

PETALING JAYA: Seorang nelayan ditemui lemas selepas terjatuh dari bot ketika menangkap ikan dalam kejadian di perairan Jerejak, Pulau Pinang, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 3.15 petang sewaktu mangsa yang berusia 56 tahun dikatakan menangkap ikan bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam laut dan kakinya terbelit pada pukat.

Menurut Pengarah Maritim negeri Abd Razak Mohamed, sebaik menerima maklumat daripada Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi, pasukannya diatur gerak ke tempat kejadian bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat).

“Ketika tiba di lokasi, anggota pasukan menemui mangsa dalam keadaan terapung di permukaan air berhampiran bot yang dinaiki bersama rakannya dan dipercayai sudah meninggal dunia.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Rakan mangsa yang berada di situ mendakwa, lelaki terbabit terjatuh ke dalam laut selepas kakinya terbelit pada pukat,” katanya, menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa menaiki bot ke jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban.

“Mayat mangsa diserah kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya bagi tindakan lanjut,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.