`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, June 10, 2022

Pakar digital siasat aduan pemilihan PKR

 

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Zaliha Mustafa berkata beliau yakin hasil siasatan itu dapat memberikan penjelasan kepada persoalan ditimbulkan pengadu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) berkata pakar digital sedang menyiasat aduan berhubung pemilihan PKR baru-baru ini yang didakwa menimbulkan ketidakpuasan hati banyak pihak.

Pengerusinya, Zaliha Mustafa berkata beliau yakin hasil siasatan itu dapat memberikan penjelasan kepada persoalan ditimbulkan pengadu.

“JPP 2022 berpuashati dengan kemajuan kerja juruaudit pakar digital yang dilantik.

“Khidmat pakar digital yang kepakaran mereka adalah untuk melaksanakan audit secara menyeluruh terhadap sistem dibangunkan dan mereka kini sedang bertungkus-lumus untuk memenuhi garis masa telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid, berkata kongres PKR dijadualkan berlangsung akhir bulan ini ditangguh ke 15 Julai hingga 17 Julai.

Abdullah berkata, keputusan dibuat pada mesyuarat MPP semalam itu bagi memberi ruang kepada audit forensik berhubung pemilihan parti.

Pemilihan parti kali ini dihurung dakwaan seperti kewujudan pengundi ragu, kesahihan undi dan masalah logistik.

Dalam pada itu, Zaliha berkata panel aduan Pemilihan PKR 2022 akan terus meneliti aduan yang diberikan oleh anggota parti melalui saluran rasmi JPP 2022.

Beliau berkata, panel aduan JPP 2022 telah mencadangkan beberapa cadangan tindakan yang mungkin boleh mengubah keputusan tidak rasmi tersebut.

“Sehubungan itu, JPP 2022 memerlukan sedikit masa lagi untuk tujuan ini sebelum memberikan senarai pemenang pemilihan PKR 2022 di peringkat pimpinan, wanita dan pemuda, serta di peringkat pusat yang sudah dimuktamadkan dan rasmi kepada pejabat setiausaha agung untuk tujuan memuktamadkan perwakilan yang akan hadir ke kongres nasional,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.