`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, June 25, 2022

PAS Perak pelawa Tajuddin tanding PRU15 atas tiket PN, jika tiada tempat dalam BN

 

Razman Zakaria (kiri) berkata PAS Perak bersedia menawarkan Tajuddin Abdul Rahman bertanding mewakili PAS jika kerusi Pasir Salak menjadi milik parti dalam pembahagian kerusi bersama PN.

PETALING JAYA: Duta Besar Malaysia ke Indonesia Tajuddin Abdul Rahman dipelawa PAS untuk bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) dalam PRU15.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata parti itu bersedia menawarkan Tajuddin bertanding mewakili PAS jika Pasir Salak menjadi milik parti dalam pembahagian kerusi bersama PN.

“Jika berlaku PRU15 dan Tajuddin tidak diberi tempat dalam BN, maka PAS Perak sedia menawarkan beliau bertanding atas tiket PN mewakili PAS.

“(Itu) sekiranya kerusi Pasir Salak itu menjadi milik PAS dalam pembahagian kerusi bersama PN,” kata Razman menurut laporan Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai membayangkan kemungkinan ahli Parlimen Pasir Salak itu tidak diberi peluang bertanding lagi di kerusi tersebut pada PRU15 mewakili Barisan Nasional (BN).

Ia susulan Tajuddin pada Khamis lalu digugurkan daripada Majlis Kerja Tertinggi Umno.

Semalam, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata pengguguran Tajuddin disebabkan tindak-tanduk beliau ketika mengkritik parti.

Dalam pada itu, Razman menegaskan pendirian PAS sama sekali tidak akan mencampuri urusan dalaman mana-mana parti lain. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.