`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, June 15, 2022

PAS tak tepati janji, MN sudah sampai ‘surah akhir’, kata Tok Mat

 

Mohamad Hasan berkata, jika PAS mahu kembali bersama Umno dalam Muafakat Nasional, mereka perlu berbuat demikian tanpa Perikatan Nasional.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata, tindakan PAS tidak menepati janji dan konsisten adalah punca kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) tergelincir kerana parti itu tetap memilih untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).

Katanya, Umno turut dipersalahkan sehingga dianggap mengkhianati MN, sedangkan PAS yang menolak kerjasama dengan Umno dalam pilihan raya ne­geri Melaka tahun lalu, selepas diminta menggunakan lambang sendiri, bukannya PN.

“Sebenarnya, kita tidak pernah pun tinggalkan mereka. Mereka yang tinggalkan MN. Mereka yang sekejap begitu, sekejap begini.

“Di Melaka, kita ajak bersama dalam satu pasukan, dengan syarat mereka guna lambang mereka sendiri. Tetapi mereka tak nak, mereka nak dengan PN. Tak apalah, kita tak ada masalah.

“Tetapi kemudiannya, mereka pula kata kita yang khianat. Itu yang pelik. Umno tak pernah khianati MN. Itu sebabnya bila orang tanya saya pasal MN, saya kata MN ini sudah sampai kepada surah akhir kita. Cuma, sama ada nak khatam sahaja atau tidak.

“Kalau nak khatam, khatamlah. Kalau tidak, kita sambung baca lagi,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Mat, perlu tegas dan bersuara dalam memperbetulkan persepsi rakyat yang memandang serong Umno sebagai pengkhianat, selepas tiada lagi kerjasama dengan PAS dalam MN.

“Semua itu adalah perkara yang boleh dirundingkan. Tak timbul soal Umno meninggalkan atau mengkhianati MN. Umno tetap Umno.

“Kami tak pernah kata kami dah tinggalkan MN. Yang Umno kata, kalau hendak kembali ke dalam MN, baliklah sorang-sorang. Janganlah bawa bini muda balik ke rumah bini tua pula. Kita tak terima bini muda kan?”

Beliau berharap PAS lebih bersungguh-sungguh, serius dan konsisten dalam pendirian mereka, selain mengotakan janji.

“Tinggalkan PN, sebab dah janji kita akan bersama dengan MN, seperti dalam beberapa mesyuarat MN. Tapi, seperti yang semua dapat lihat, akhirnya PAS menyertai PN. Kita tak marah pun. Itu hak dan pilihan mereka. Cuma, itulah penyebabnya MN ini tergelincir, sebab PAS menyertai PN.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.