PETALING JAYA: Gerakan berhasrat bertanding 35 kerusi Parlimen dan 62 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata presidennya, Dominic Lau.
Katanya, parti itu fokus kepada kualiti dan bukannya kualiti, selain sudah menerima senarai kerusi berkenaan daripada ketua parti negeri.
“Saya sudah mengarahkan pengerusi negeri mengadakan mesyuarat secepat mungkin dengan pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri masing-masing.
“Ini supaya mereka dapat mencapai kata sepakat dan keputusan yang memberi kebaikan dan kejayaan kepada PN pada PRU15,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Dominic berkata, kerusi yang menjadi sasaran atau berpeluang tinggi untuk menang sahaja akan ditandingi Gerakan.
“Ini kerana Gerakan berhasrat menjadi suara rakyat yang paling utama di Malaysia,” katanya.
Sementara itu, mengulas isu kedudukan ke-32 Malaysia dalam Ranking Daya Saing (WCR) Institusi Antarabangsa, beliau berkata, negara lain sibuk berlumba-lumba untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih ketara, namun Malaysia pula sibuk untuk mengadakan PRU.
“Semua negara mengalami krisis ekonomi dan kesihatan, tetapi Malaysia turut terjejas dengan krisis politik yang menyaksikan perebutan kerajaan dan jawatan perdana menteri.
“Situasi seperti ini sekali gus menjejaskan keyakinan pelabur untuk meletakkan pelaburan mereka di Malaysia,” katanya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.