`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, June 21, 2022

Remaja cedera ditikam dengan kunci kereta kerana isu perniagaan

 

Tangkap layar daripada klip video tular menunjukkan kening kanan wanita berbaju putih berlumuran darah dipercayai akibat terkena kunci kereta ketika bergelut dengan suspek berbaju hitam.

PETALING JAYA: Seorang wanita ditahan selepas seorang remaja diserang dengan kunci kereta dalam kejadian berhampiran gerai mainan di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda, dekat Sungai Petani pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Zaidy Che Hassan berkata, siasatan mendapati ketika kejadian pada 6.22 petang itu, mangsa berusia 18 tahun yang tidak bekerja itu berada di gerai kakaknya sebelum diserang suspek.

Setakat ini katanya, siasatan awal mendapati kejadian itu dikatakan berlaku kerana suspek tidak berpuas hati dengan keluarga mangsa berhubung perniagaan.

“Berlaku pertengkaran dan pergelutan antara mereka berdua sebelum dileraikan orang ramai.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Susulan itu, mangsa yang mengalami kecederaan di kening akibat terkena kunci kereta membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Zaidy berkata, suspek berusia 29 tahun dan bekerja sebagai operator kilang ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan mangsa sudah dirawat di hospital.

Terdahulu, rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan dua wanita yang masing-masing berbaju putih dan hitam bergelut sebelum dileraikan seorang lelaki.

Susulan itu, kelihatan kening mangsa yang berbaju putih berlumuran darah dipercayai akibat terkena kunci kereta ketika bergelut dengan suspek berbaju hitam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.