`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, June 16, 2022

Siasatan audit forensik pemilihan PKR perlu dipercepat, kata Anwar

 

Presiden PKR, Anwar Ibrahim. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Presiden PKR, Anwar Ibrahim menggesa agar siasatan oleh pasukan pakar digital terhadap audit forensik pemilihan parti dipercepatkan dan tidak dibiarkan berlarutan.

Beliau berkata ini kerana fokus utama parti itu adalah untuk menyiapkan jentera parti itu dalam berdepan pilihan raya.

“Kalau bicara soal ketelusan, soal integriti kita jangan belajar daripada penipuan lain-lain parti yang tidak berani bila sebut tentang audit forensik…mereka takut. (Tetapi), kita tidak.

“Kalau ada (kesalahan), itu soalan. Kena teliti. Cuma kita minta mereka percepatkan supaya jangan berlarutan,” katanya di Facebooknya.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau berkata demikian mengulas mengenai siasatan audit forensik dalam pemilihan PKR.

Pada 10 Jun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Dr Zaliha Mustafa dilaporkan berkata, pihaknya memerlukan sedikit masa untuk memuktamadkan keputusan pemilihan parti sebelum dibentangkan pada Kongres Nasional PKR.

Susulan itu, PKR menangguhkan Kongres Nasional yang dijadualkan berlangsung pada 24 dan 25 Jun ini kepada 15 hingga 17 Julai nanti.

Zaliha berkata, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail memerlukan keputusan pemilihan bagi membolehkannya mengedarkan surat jemputan untuk menghadiri Kongres Nasional.

Difahamkan, pejabat setiausaha agung memerlukan notis dua minggu atau 14 hari untuk memanggil kongres parti itu.

Dalam pada itu, Anwar berkata kekuatan PKR adalah berani untuk menyiasat aduan-aduan yang diterima berkaitan pemilihan parti itu.

Katanya, ketelusan dalam parti PKR perlu dipertahankan dan ini membezakan parti itu dengan parti-parti lain apabila disebut mengenai audit forensik. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.