`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, June 3, 2022

Tahniah Kepada PM Brader Ma'el - Thailand Akan Ganti Malaysia Sebagai Pengekspot Ayam Ke Singapura. Penternak Ayam Cina Pula Sudah "Sewel" - Menolak Sabsidi RM729 juta !!

 Perdana Menteri kita Brader Ma'el telah haramkan ekspot ayam ke Singapura - suatu tindakan yang tidak difikirkan dengan mendalam. Tindakan mengharamkan ekspot ayam ke Singapura tidak memberi sebarang kesan positif untuk menambahkan bekalan ayam dalam negara kita atau pun untuk menurunkan harga ayam.

The reason is so simple : chicken selling price in Malaysia is price controlled. Chicken breeders are making losses because cost of production has increased but selling price of chicken is controlled at RM8.90 per kg. Jadi ekspot ayam ke atau tidak ekspot ayam ke Singapura has no positive effect on domestic chicken supply.

Di kawasan saya semalam dua restoran "ayam gepuk" dan satu lagi restoran Melayu tutup awal (around 8.30 pm) sebab 'ayam sudah habis'. 

Penternak ayam Cina pula tidak mahu menerima sabsidi Kerajaan 60 sen bagi satu kilo ayam. Maksudnya bagi setiap tan metrik (1000 kg) mereka akan dapat sabsidi RM600. Tetapi mereka tidak mahu duit sebanyak itu. Why? Kenapa?   

Memandangkan bahawa mereka mengeluarkan beratus ribu tan ayam, jumlah sabsidi itu adalah beratus juta Ringgit (peruntukan Kerajaan adalah sebanyak RM729 Juta). Apakah penternak ayam Cina sudah sewel - mereka tidak mahu ambil duit "free" RM729 juta ??

Sebabnya pelbagai. Mereka faham bisnes dan kewangan tetapi Kerajaan pula tidak faham. 

1. Mereka tidak mahu terikat kepada sabsidi Kerajaan kerana ini adalah mainan  politik untuk survival Brader Ma'el sebagai PM. Kalau hari ini Kerajaan bagi duit, esok pula depa boleh batalkan sabsidi. Ini adalah risiko politik yang tinggi. (Mereka lebih suka harga ayam ikut harga pasaran saja tetapi that is politically not possible. Kalau harga ayam jadi RM12 se kilo Kerajaan akan kena penyakit kronik 'telur rebus'.

2. Mereka sudah pun menghadapi masalah dengan "pegawai kerajaan" yang lewat memproses bayaran sabsidi. Kita hanya boleh speculate kenapa bayaran sabsidi itu lewat - what is the real reason? Are there "other" factors as well?

3. Sabsidi 60 sen ke atau 90 sen sekilo tidak boleh mengatasi risiko keadaan pasaran semasa. Mungkin kos akan naik lagi, melebihi sabsidi 60 sen sekilo itu. Keadaan pasaran sekarang sangat tidak menentu - minyak naik, perang Ukraine belum selesai, ekonomi negara meruncing, politik negara entah ke mana. Dalam keadaan demikian businessmen sangat risau risiko yang di luar kawalan mereka. Tetapi sebagai businessman memang mereka mempunyai kepakaran menghadapi risiko pasaran (market risks). That is the nature of business. Mereka lebih yakin menghadapi risiko pasaran (market risks) daripada menghadapi risiko sabsidi Kerajaan yang makin berkecamuk. 

Anyway latest news ialah Thailand akan   mendapat untung yang lumayan daripada mengganti Malaysia sebagai pengekspot ayam ke Singapura.   

 


Singapura mengimpot lebih 180,000 tan ayam setahun dari seluruh dunia.  

Ekspot barang makanan dari Thailand pula melebihi RM154 Billion setahun.
(forecast S$48 billion made by the Bangkok-based National Food Institute).

"Poultry is Thailand's biggest food export earner after rice, and the Malaysian ban should be a boon for the country. The Thai Broiler Processing Exporters Association is estimating shipments will rise to 950,000 tonnes this year from 930,000 tonnes in 2021."

https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/thailand-reaping-food-export-windfall-with-protectionism-rising

Maksudnya Thailand akan mendapat untung besar jika mereka menambahkan ekspot ayam ke Singapura. Matawang Thai Baht akan menjadi lebih kukuh tetapi Ringgit Malaysia pula akan makin menurun.

Jadi tahniahlah kepada PM Brader Ma'el dan penasihat yang tidak berapa faham banyak perkara. 

Satu lagi perkara ialah Singapura bukan saja jiran kita yang terdekat tetapi kedua negara kita mempunyai sejarah, perhubungan dan pertalian yang sangat rapat - terutama sekali antara rakyat kedua negara (people to people relations). Ramai penduduk Singapura (pelbagai kaum) masih mempunyai saudara di Malaysia dan sebaliknya. Ramai orang Malaysia juga tinggal dan cari hidup di Singapura. Mengharamkan atau memutuskan bekalan makanan, air, sayur atau pasir dsbnya bukan saja tidak lojik dari segi ekonomi (economically illogical) dan merugikan ekonomi kita tetapi lebih mencerminkan pemimpin yang berfikiran 'village level thinking'.  Third World, low order thinking.

Percayalah Singapura tidak akan rugi. Kita yang akan rugi lebih.   

Contohnya kontrak bekalan air mentah ke Singapura telah dibuat oleh Kerajaan penjajah British sebelum kita Merdeka. Bila kita Merdeka pada tahun 1957 kita sepatutnya membatalkan semua jenis kontrak dan perjanjian yang telah dibuat oleh penjajah British. 

Inilah yang telah dibuat oleh Ho Chi Minh apabila Vietnam mengusir penjajah Perancis dari Vietnam. Ho Chi Minh telah membatalkan semua kontrak dan perjanjian yang telah dibuat pada zaman penjajah Perancis. Ho Chi Minh isytiharkan bahawa sebagai negara merdeka, Vietnam tidak bertanggungjawab atas perjanjian dan kontrak yang dibuat oleh Kerajaan penjajah Perancis sebelumnya.

Tetapi Malaysia pula tidak buat begitu. Walaupun Merdeka, kita masih sokong, dokong dan junjung segala perjanjian dan kontrak yang telah dibuat oleh penjajah British. Termasuk perjanjian air dengan Singapura.

Kemudian pada tahun 60an pula (pasca Merdeka) kita sambung lagi perjanjian jualan air mentah kepada Singapura. 

Tetapi bagi saya, perbuatan yang paling bodoh ialah setelah jual air mentah kepada Singapura kita pula membeli balik sebahagian daripada air yang telah diproses (treated water) dari Singapura. Nauzubillah. How stupid can you get?   

Buat sajalah perjanjian yang betul dan ikut lojik. The problem is solved.

Kita tidak boleh membatalkan bekalan air ke Singapura. Kita juga tidak sepatutnya mengharamkan bekalan ayam ke negara itu. Makanan dan air minum adalah keperluan asas bagi semua manusia. Maybe you are stupid but that does not mean you have to be heartless as well. 

Yang rugi sekarang adalah ekonomi negara kita dulu.  

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.