`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, June 18, 2022

Terjebak skim pelaburan melalui WhatsApp, wanita rugi hampir RM600,000

 

Mangsa menerima pesanan menerusi WhatsApp daripada seorang lelaki tidak dikenali menawarkan skim pelaburan melalui aplikasi “RRR68.club”.

PETALING JAYA: Seorang peniaga wanita kerugian RM583,555 selepas menjadi mangsa skim pelaburan menerusi WhatsApp.

Mangsa berusia 35 tahun hanya menyedari ditipu selepas mendapati aplikasi WhatsApp disekat individu itu bulan lalu, selepas terpengaruh skim pelaburan berkenaan yang menjanjikan pulangan lumayan pada Februari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Aibee Ab Ghani, berkata mangsa menerima pesanan menerusi WhatsApp daripada seorang lelaki tidak dikenali menawarkan skim pelaburan melalui aplikasi “RRR68.club”.

“Tertarik dengan tawaran tersebut, wanita berkenaan melakukan pembayaran sebanyak 52 transaksi berjumlah RM583,555 ke dalam 13 akaun bank, bermula 15 Feb hingga 23 April lepas,” katanya menurut laporan Bernama.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Katanya, mangsa membuat laporan polis dua hari lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.