`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, June 3, 2022

Waspada aplikasi palsu curi nombor TAC, kata MyCERT

 

MyCERT berkata beberapa laman web palsu yang meniru perkhidmatan pembersihan dan kedai haiwan kesayangan popular Malaysia dicipta oleh penipu untuk memperdaya mangsa lalu mencuri butiran peribadi serta perbankan.

PETALING JAYA: Pengguna perbankan dalam talian diingatkan supaya berjaga-jaga dengan aplikasi telefon bimbit yang meniru perkhidmatan sahih, kerana dikhuatiri mengintip nombor kod pengesahan transaksi (TAC) daripada “inbox” pesanan ringkas pengguna, kata agensi keselamatan siber hari ini.

Aplikasi palsu itu dimuat turun apabila pengguna memuat turunnya di luar penyedia aplikasi rasmi telefon bimbit, kata Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT).

Kes terbaru melibatkan perisian hasad Android yang mampu membaca semua pesanan ringkas dalam telefon, termasuk nombor TAC, seterusnya melakukan transaksi perbankan internet, kata agensi itu.

“Beberapa laman web palsu yang meniru perkhidmatan pembersihan dan kedai haiwan kesayangan popular Malaysia dicipta oleh penipu untuk memperdaya mangsa lalu mencuri butiran peribadi serta perbankan.

“Kami ingin mengingatkan pelanggan supaya berhati-hati dengan penipuan seperti itu, dan sentiasa berjaga-jaga,” kata MyCERT menerusi hantaran Maybank di Facebook hari ini.

MyCERT mengingatkan pengguna supaya tidak menekan pautan mencurigakan yang dihantar menerusi SMS, WhatsApp atau Messenger, selain memuatkan antivirus dalam telefon bimbit masing-masing. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.