`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 28, 2023

Saranan letak SPRM bawah Parlimen dibangkit di Dewan Rakyat hari ini

 

Perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa akan diteruskan pada sidang Dewan Rakyat hari ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Persoalan sama ada kerajaan bercadang untuk meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bawah bidang kuasa Parlimen antara yang dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) meminta perdana menteri menyatakan kesediaan kerajaan melaksanakan saranan daripada Transparency International Malaysia (TI-M) supaya SPRM diletakkan bawah bidang kuasa Parlimen dan bukan lagi bawah Jabatan Perdana Menteri.

Soalan itu dikemukakan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, dengan Mas Ermieyati berkata, tindakan itu bagi memastikan proses semak dan imbang agensi itu lebih bebas dan telus sekali gus meningkatkan tahap kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap agensi tersebut.

Usai sesi itu, mesyuarat diteruskan dengan sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan dengan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) meminta perdana menteri menyatakan strategi dan penyelesaian kementerian bagi menangani kos haji dan umrah yang melonjak kebelakangan ini.

Turut dijangka menjadi tumpuan adalah pertanyaan Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) yang meminta menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara Hhidup menyatakan tindakan yang telah diambil untuk mewujudkan lebih banyak persaingan dalam industri yang dikaitkan dengan kartel atau monopoli, seperti simen, ayam, telur, gula dan lain-lain.

Sementara itu, Wong Shu Qi (PH-Kluang) mengemukakan soalan kepada perdana menteri mengenai jumlah yang dibelanjakan untuk operasi menyelamat ketika banjir, bantuan kewangan kepada mangsa serta perbelanjaan lain secara terperinci ketika bencana itu berlaku bagi 2022.

Selesai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat akan diteruskan dengan perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.