`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 28, 2023

Tiada surat batal, Rais kekal ketua Umno Tangga Batu, kata Zahid

 

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau dimaklumkan bahawa kemenangan Adun Paya Rumput Rais Yasin Rais sebagai Ketua Umno Bahagian Tangga Batu sah.

PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Adun Paya Rumput Rais Yasin kekal sebagai Ketua Umno Bahagian Tangga Batu.

Perkara ini disahkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Shahrir Samad kepadanya, kata Zahid kepada pemberita pada sebuah majlis sempena Ramadan di Kampung Pulai, Serkam, Jasin, malam tadi, lapor Bernama.

“Saya ingin mengesahkan bahawa pengerusi jawatankuasa pemilihan Umno memaklumkan kepada saya (bahawa) tidak ada surat pembatalan itu dan Rais diabsahkan sebagai Ketua Umno Bahagian Tangga Batu.”

Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sepucuk surat tular bertarikh 27 Mac yang mendakwa kemenangan Rais dibatalkan.

Surat berkenaan memaklumkan berlakunya ketidakaturan perjalanan mesyuarat pada proses pemilihan Umno bahagian itu yang berlangsung di sebuah hotel baru-baru ini.

Turut dilaporkan malam tadi, Setiausaha Umno Bahagian Tangga Batu Abdul Latip Mohamad berkata, beliau dimaklumkan mengenai pembatalan kemenangan Rais menerusi surat daripada Umno pusat menerusi aplikasi WhatsApp pada 2.26 petang semalam.

“Sehubungan itu, Umno bahagian Tangga Batu perlu membuat pemilihan semula bagi jawatan ketua bahagian sahaja,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.