It's about time. Iyalah buat apa ada RCI jika dapatannya tidak diberitahu kepada rakyat.

Esok PMX akan bawa laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Lembaga Tabung Haji ke mesyuarat Kabinet untuk dibincang langkah seterusnya. Beliau yakin Jemaah Menteri akan setuju laporan itu didedah kepada umum.
It’s about time. Iyalah buat apa ada RCI jika dapatannya tidak diberitahu kepada rakyat. Apatah lagi dalam hal Tabung Haji laporan itu sudah siap tiga tahun lalu.
Rafizi Ramli, bekas menteri kerajaan persekutuan dan kini pembangkang, mendakwa perdana menteri melengahkan pendedahan laporan itu kerana mahu jaga hubungan dengan Umno. This was in 2023 semasa beliau berada dalam Kabinet PMX.
“Pada ketika itu, Anwar sangat berhati-hati untuk menjaga hati Ummo maka keputusan dibuat untuk menanam laporan itu,” kata Rafizi 23 Julai lalu. Ada juga video beliau membuat dakwaan demikian.
Rafizi bagaimanapun tidak beritahu apa reaksi beliau ketika itu — sama ada setuju atau tidak laporan itu ditanam — tapi that’s all water under the bridge now dan bukan persoalan sekarang.
Persoalannya betul ke Anwar lengah atau tangguh laporan diumum kepada umum? Betul ke beliau ketika itu berhati-hati jaga hati Umno seperti didakwa Rafizi?
Jika ya, buat apa Anwar nak jaga hati Umno? Tentu anda ada pendapat dan teori masing-masing. Begitu juga saya tetapi saya tidak mahu huraikan di sini kerana ia sekadar pendapat peribadi.
Namun perlu dinyatakan apa yang disebut skandal Tabung Haji dibongkar atau terbongkar pada 2018. Carian Google memberitahu “masalah dan salah urus tadbir berpunca serta berakar umbi dari zaman pemerintahan Barisan Nasional dibawah pentadbiran Najib Razak”.
Ada menteri dalam Kabinet Najib dan juga orang kuat BN waktu itu masih aktif dalam BN dewasa ini.
Ringkasnya ia merujuk kepada isu salah urus kewangan, defisit aset dan penyelewengan dana. Pada 2018 Lembaga Tabung Haji dilaporkan mengalami lebihan liabiliti berbanding aset sebanyak RM10.9 bilion.
Aset bermasalah bernilai RM19.9 bilion dipindahkan kepada syarikat tujuan khas bawah Kementerian Kewangan bagi tujuan pemulihan.
RCI ditubuhkan untuk menyiasat isu pengurusan dan tadbir urus Tabung Haji bagi tempoh 2014 hingga 2020.
Sejak RCI melengkapkan siasatan, pelbagai pihak mahu laporannya diumum kepada rakyat. Baru-baru ini perdana menteri berkata kerajaan tidak ada halangan.
Di pihak Barisan Nasional, Presiden Umno Zahid Hamidi berkata tiada pihak kebal jika dikaitkan dalam laporan RCI Tabung Haji. Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata jangan lindung sesiapa jika terbukti bersalah.
Saya tidak mahu tuduh mereka melatah atau defensive kerana apa yang mereka tegaskan adalah logic. Mungkin a bit premature kerana laporan belum didedahkan, oleh itu tiada siapa atau tidak ramai yang tahu kandungannya.
Cuma PMX dan Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar tahu kerana Anwar ada kata akan meneliti keputusan untuk menerbitkan laporan itu dengan beliau.
Apa pun rekasi Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, menarik perhatian saya. Selain berkata BN tidak ada halangan jika laporan itu didedahkan, Mohamad juga mempersoalkan mengapa isu RCI Tabung Haji dibangkitkan secara ‘tiba-tiba’ semasa kempen PRN Negeri Sembilan sedang berlangsung. Senada dengan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.
Secara ‘tiba-tiba’ yang Tok Mat dan Tuan Ibrahim katakan sebenarnya tidak benar kerana desakan sudah lama disuarakan pelbagai pihak.
Pun begitu Zahid menegaskan apa-apa pendedahan RCI tidak akan mempengaruhi pengundi Negeri Sembilan. I don’t know about Negeri Sembilan voters tetapi yang saya tahu Tabung Haji dekat dihati orang Melayu-Islam.
Dalam pada itu Timbalan Presiden Amanah Mujahid Yusof mendakwa fitnah dan laporan RCI dibangkitkan menjelang PRN Negeri Sembilan. Kata Mujahid beliau sendiri dilempar pelbagai fitnah sejak penstrukuran semula Tabung Haji dijalankan pada 2018 hingga 2020.
Mujahid ialah menteri agama semasa pentadbiran Pakaran Harapan setelah gabungan itu menang PRU 14 pada 2018. Beliau mahu laporan RCI didedahkan segera supaya “rakyat boleh menilai dan tahu fakta sebenar” berhubung kemelut yang melanda Tabung Haji.
Berbalik kepada persoalan mengapa Anwar menangguhkan umum laporan RCI berkenaan. Kata beliau sebelum ini Jemaah Menteri telah pun membuat keputusan untuk menerbitkan laporan berkenaan tetapi memandangkan ketika itu Tabung Haji masih dalam proses pemulihan maka dikhuatiri keputusan itu akan membimbangkan penyimpan.
“Kalau kita lakukan terlalu awal mungkin menimbulkan keresahan daripada pencarum dan penyimpan,” kata Anwar dan menyambung, “sekarang saya rasa Tabung Haji telah bertapak baik dan saya tidak ada keberatan menerbit atau menyebar sebab laporan ini hak rakyat”.
Tampil Ahli Parlimen PKR bagi Pasir Gudang Hassan Karim berkata dont expect criminal charges. Kata beliau, pendakwaan tidak berlaku secara automatik kerana RCI tidak punya kuasa mendakwa atau menghukum.
RCI menurut beliau hanya satu badan pencari fakta dan badan penasihat — bukannya mahkamah yang mempunyai kuasa untuk mendakwa dan menghukum. “Laporan RCI ini bagus (tetapi) ia bukan mahkamah undang-undang. Rakyat jangan mempunyai harapan terlalu tinggi,” kata Hassan.
Rakyat yang have high expectations perlu baca dan teliti laporan itu jika atau bila ia didedahkan kepada umum. Jika ada elemen jenayah dikatakan berlaku buat laporan polis, apatah lagi jika ada nama-nama tertentu didedahkan. Perhatikan juga recommendation Suruhanjaya Siasatan Diraja berkenaan.
Harapan saya (juga anda tentunya) ada closure to all this. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.