Polis sudah mengenal pasti suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Kuala Pilah, Muhammad Mustafah Hussin, berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira 11.40 malam di sebuah asrama sekolah berkenaan.
“Siasatan awal mendapati mangsa berusia 14 tahun dipanggil oleh suspek susulan perselisihan faham antara mereka sebelum dipukul oleh suspek sehingga mengalami kecederaan, mangsa kemudian dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, pemeriksaan di hospital mendapati mangsa mengalami kecederaan tisu lembut.
Katanya, polis sudah mengenal pasti suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan serta menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.