`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, April 6, 2012

PKR lodges Police Report against 'Datuk S' and TYT (PKR BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP 'DATUK S' DAN TYT)


Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN
PARTI Keadilan Rakyat kelmarin membuat laporan polis terhadap seorang ADUN Sabah 'Datuk S' dan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah berhubung isu kerakyatan songsang seorang warga Filipina yang diberi MyKad bernombor 670315-12-5012.
Timbalan Ketua Penerangan AMK Sabah, Citra Bin Masadi ketika menghubungi Sabahkini.net semalam berkata, pihaknya terpaksa membuat laporan polis kerana berdasarkan bukti yang dinyatakan di dalam artikel Sabahkini.net bertajuk 'Gundikku PATI' yang disiarkan pada 4 April 2012.
"Kita telah mengenalpasti siapa 'Datuk S' setelah menjalankan siasatan rapi berdasarkan laporan Sabahkini.net daripada EPISOD IEPISOD II dan yang terkini, tetapi kita tidak dapat dedahkan di media nama sebenar Datuk S, melainkan hanya untuk makluman PDRM," kata Citra yang memaklumkan tujuan mereka membuat laporan ialah untuk membanteras gejala tidak sihat, terutama isu kerakyatan songsang diambang penubuhan RCI.
Isu kerakyatan songsang, kata Citra bukanlah perkara baru di Sabah, tetapi kini menjadi 'EPILOG CINTA' seorang wakil rakyat UMNO yang telah bersubahat dan menyalahguna kuasa untuk melindungi PATI dan mendorong Kerajaan memberi kerakyatan Malaysia kepada gundiknya, PIA BINTI DAHLAN yang menggunakan Mykad berkenaan untuk memperolehi harta dan pasport antarabangsa Malaysia.
Berikut ialah isi kandungan laporan polis Citra, KNK/RPT/846/12 yang diemail kepada Sabahkini.net semalam;
"Pada lebih kurang jam 10 pagi, ketika berada di rumah saya di Kunak, saya terbaca satu artikel dalam portal SABAHKINI.NET bertajuk GUNDIKKU PATI! yang saya anggap begitu serius berhubung dengan kegiatan subversif yang dilakukan oleh seorang ADUN BN yang bernama 'Datuk S' (nama sebenar dinyatakan dalam statement kepada polis) dengan menggunakan kedudukannya sebagai Penggubal Undang-Undang dengan bersubahat memalsukan data peribadi PATI sehingga mendapat MyKad melalui jalan songsang.
"Saya datang ke Balai Polis IPD Kunak untuk membuat laporan agar PDRM menyiasat dan menangkap ADUN berkenaan di bawah Undang-Undang Jenayah.
"Laporan ini juga dibuat agar PDRM menyiasat penglibatan Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin; Ketua Wanita UMNO Sabah Datuk Armani Mahiruddin dan Haji Dahlan Abdul Karim dalam isu kerakyatan songsang PIA BINTI DAHLAN yang menggunakan MyKad bernombor 670315-12-5012 dan mengambil tindakan sewajarnya.
"Laporan ini juga dibuat agar PDRM menyiasat dan menangkap Pengarah Jabatan Imigresen Sabah di bawah undang-undang jenayah kerana meluluskan permohonan pasport Antarabangsa Malaysia bernombor H16691775 kepada PIA BINTI DAHLAN sedangkan beliau sedar dan mempunyai dalam simpanannya rekod PIA BINTI DAHLAN adalah Warganegara Filipina yang masuk secara sah tetapi gagal memperbaharui Visa dan tinggal secara haram sebelum mendapat MyKad berkenaan.
"Laporan ini juga dibuat agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bagaimana 'Datuk S' memperolehi RM50,000 secara tunai bagi membayar deposit rumah PIA BINTI DAHLAN di No 19, Lorong 12, Ujana King Fisher Park, serta membeli Toyota Rush bernombor SAB599A serta membuka Salon Rambut di B 13, Tingkat 2, Centre Point, Kota Kinabalu sedangkan pendapat gaji dan elaun beliau tidak mencukupi untuk menyara kemewahan PIA BINTI DAHLAN.
MILIK....Rekod JPJ ini membuktikan Toyota Rush tersebut milik Pia Binti Dahlan, tetapi deposit dan ansuran bulannya dibayar oleh Datuk S.
"Laporan ini juga dibuat agar SPRM menyiasat 'Datuk S' dan Pengerusi Badan Berkanun Kerajaan Negeri (nama agensi disebut dalam Statement) kerana menyalahguna kuasa membenarkan 'Datuk S' tinggal di Hyyat Hotel lebih kurang sejak setahun lalu dan membayar segala bil hotel berkenaan, termasuk Pegawai Perhubungan Awamnya (nama dinyatakan dalam Statement) sedangkan beliau mempunyai rumah di Kota Kinabalu.
"Memandangkan isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah begitu sensitif dan kerajaan ke arah menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) maka saya mendesak agar siasatan menyeluruh diadakan bagi membendung gejala yang berlanjutan sekian lama ini, terutama penglibatan penggubal undang-undang dalam kegiatan jenayah, salahgunakuasa dan rasuah." - Sabahkini

12 comments:

  1. Isu kerakyatan songsang semakin serius, kerajaan harus menubuhkan RCI untuk menanggani masalah PATI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan persekutuan harus menubuhkan RCI secepat mungking sebelum PATI semakin serius masalahnya.

      Delete
  2. keputusan bijak harus dibuat oleh kerajaan persekutuan untuk meneyelesaikan masalah pendaftaran sijil yang diragui latar belakang.

    ReplyDelete
  3. PATI tiba masa untuk dihantar balik.

    ReplyDelete
  4. Harap masalah nama pengundi yang diragui dapat dikemas kinikan sebelum PRU13.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SPR harus menjalankan tugas untuk memastikan nama pengundi yang sah.

      Delete
  5. Senarai nama pengundi harus disemak dan disiasat latar belakang terutama nama yang diragui.

    ReplyDelete
  6. Tidak mungkin kerajaan tidak tahu keadaan PATI menjejas perkembangan dan ketenteraman negeri Sabah, masih tiada tindakan yang diambil.

    ReplyDelete
  7. Saluran mana golongan ini mendapat Mykad? Adakah jabatan mana menyalah guna kuasa?

    ReplyDelete
  8. Tidak habis-habis PKR ini mahu memberikan pelbagai berita yang buruk terhadap BN. Tidak perlulah risau semua itu tidak akan menjejaskan kerajan PKR sendiri tidak ada bukti kukuh yang boleh mendakwa kenyataan itu.

    ReplyDelete
  9. kenapa PKR pula yang buat laporan? kenapa bukan Sabahkini?? yang dedahkan isu skandal ini ialah Sabahkini, bukannya Citra..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.