`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, June 5, 2012

Muhyidin dengan rasa cemas nya, Rais dengan kegentlemanan nya.



Semua orang ketawa bila mendengar Muhyidin Yasin dan Rais Yatim bercakap. Muhyidin menyifatkan PRU13 ini sebagai mati atau hidup UMNO. Rais Yatim pula menasihatkan ketua pembangkang Anwar Ibrahim supaya bersikap gentleman kalau mahu bermain politik di negara ini. mungkin sikap gentleman yang di maksudkan oleh Rais Yatim yang dah naik jobo ini ialah, mahu melihat Anwar di ikat tangan dan di balun oleh UMNO. Rupa2 nya UMNO belajar dari Rahim Noor.


UMNO menggunakan tektik yang paling kotor dan jahat. Rakyat melihat kejahatan UMNO lebih besar dan lebih banyak dari kejahatan Anwar. Juara dan jurucakap UMNO ialah Ustazah Umi Hafilda yang kesana sini dengan jeritan Anwar al Juburi. Jurucakap UMNO ialah kaf lam ya nga- Nalakarupan. Jurucakap UMNO ialah penjual beras Sejati yang tak jati- Hasan Aqidah Ali. Jurucakap UMNO ialah Pekida. Mat Rempit. Dan ketua PERKASA yang tidak perkasa, Ibrahim Ali. Jurucakap UMNO ialah Ezam Mat Nor.


Saya tidak ada affection apa2 kepada Anwar Ibrahim. belum pun berjumpa dengan nya dan belum berceramah dengan nya. Walaubagaimana pun, saya melihat orang ini sudah melalui the worse phases in his life. Walaupun dia di tuduh macam2 , dalam ceramah2 nya, Anwar telah memberi penghuraian dan penerangan yang meyakinkan pendengar. He has explained himself quite well. Dan rakyat boleh mempercayai nya.


Apa UMNO boleh buat, jika setelah sekian lama membalun Anwar bahkan sudah di jel oleh Dr Mahathir, rakyat bersedia memaafkan Anwar kerana mereka melihat kejahatan UMNO lebih besar? Saya rasa Dr Mahathir pun patut berhenti dari menghentam Anwar dan menghormati hampir 50% rakyat Malaysia yang mahukan demokrasi. DR Mahathir mesti menghormati, jumlah orang Melayu yang lebih besar yang tidak menyokong UMNO.  


Kejahatan Anwar jauh lebih kecil jika di bandingkan dengan kejahatan yang di lakukan oleh UMNO. Bukankah mahkamah yang di kuasai oleh UMNO telah pun membersihkan Anwar?


Yang akan mati ialah UMNO, bukan orang Melayu. Muhyidin ini tak baca kah sejarah UMNO. Dalam PRU12 tahun 2008, UMNO bertanding 115 kerusi. UMNO menang 78 kerusi. Ahli UMNO yang telah berhijrah ke pihak cahaya, tidak akan kembali ke pihak yang menggelapkan. Jika terdapat lagi penghijarahan 5% ke pihak Pakatan Rakyat- UMNO akan hanya tinggal 58 kerusi. Kalau ada swing 3%, UMNO akan dapat sekitar 71 kerusi. MCA habis kuat aka nada 2 atau 1 kerusi sahaja yang tinggal sebab 80% masyarakat Cina telah meninggalkan MCA. MIC dalam PRU13 ini akan bungkus tanpa satu kerusi pun. Kita tak kiralah UMNO buat man-to-man marking ke, di depan perkerja UMNO orang kata ya, anggunk bukan tanda setuju, geleng bukan tanda menolak.


UMNO hanya mendapat 2.381 juta undi dalam PRU12. Ini hanya 29% dari jumlah jumlah undi sebanyak 7. 878 juta. Jika parti2 komponen BN yang lain kecundang, UMNO akan kalah dalam PRU13 ini.  UMNO hanya mendapat 2 juta undi orang Melayu yang berjumlah 5.7 juta. Lebih ramai orang Melayu menolak UMNO. Dimanakah asas untuk UMNO bercakap bagi pihak orang Melayu?


Kita bercakap mengenai UMNO sebab ia berlagak sombong bercakap bagi pihak orang Melayu. Siapa yang beri kamu hak ini? UMNO bukan jurucakap orang Melayu. UMNO jurucakap orang berfikiran feudal yang ingat mereka boleh picit dan ramas dan tindas orang Melayu. UMNO bercakap bagi pihak golongan elit yang mengaut kekayaan dan memperkudakan nama bangsa Melayu.


Geng UMNO suka bermuka muka. Kumpulan yang berarak menyatakan sokongan mereka kepada DYMM Sultan Johor sudah lupa bahawa dalam tahun 1997, UMNO melakukan lebih dasyat dari apa yang di lakukan oleh Nizar. Pandangan Nizar ialah pandangan seorang rakyat. UMNO bergerak sebagai suatu kumpulan yang menghina raja2 Melayu dan menggunakan jentera kerajaan untuk membalun raja cukup lumat. Kita berharap raja2 Melayu jangan termakan dengan penzahiran kesetiaan palsu oleh gerombolan UMNO ini. jika UMNO tidak setuju dengan raja2 Melayu, mereka akan melakukan perkara yang lebih dasyat lagi.


Berada dalam UMNO memberi kita kuasa luar biasa kah untuk melakukan sesuka hati? Kumpulan yang berdemontrasi di depan rumah Azmin Ali misalnya- adakah mereka berani melakukan demikian tanpa restu dari pihak yang berkuasa? Pihak yang berkuasa dalam hal ini ialah pimpinan tertingi UMNO, Menteri dalam negeri dan Jabatan PM sendiri. Kecuali mereka beri sokongan, dana dan restu, kumpulan ini tidak akan berani melakukan apa yang mereka buat.


Demikian juga mereka yang melakukan pasar malam di depan rumah Ambiga. Jerit sana dan sini menunjukkan aksi ganas dan menakutkan. Ambiga ini bukan rakyat Malaysia kah? Dia berhak mendapat perlindungan undang2 Malaysia. Yang menjaga keamanan telah bersumpah mengaja dan melindung semua rakyat Malaysia. Polis bukan jaga orang Melayu sahaja. Polis bukan jaga orang Cina sahaja. Polis jaga keselamatan semua orang.


Otak orang UMNO sudah beku kah? Jika kita tidak dapat berhujjah dengan Ambiga, maka penyelesaian nya ialah mahu melucutkan kerakyatan Ambiga dan menghalau nya dari Malaysia? Ambiga ini rakyat Malaysia yang lahir di Malaysia yang mempunyai hak di bawah perlembagaan yang sama.


Dalam rumah Azmin tidak ada anak2 nya kah? Aksi budak2 suruhan UMNO tentu mencemaskan anak isteri Azmin.


Kalau kita ada isiu dengan Azmin- hal yang di isiukan adalah dalam bidang mahkamah. Kita tidak boleh bertindak di luar peruntukan undang2. Yang melakukan cara demikian adalah ganster dan penjahat sahaja. Adakah UMNO telah terlalu teruk sehingga terpaksa menggunakan tektik genster dan penjahat?


UMNO menggunakan tektik2 seorang pembuli dalam menangani orang yang tidak bersetuju dengan mereka. Jadi untuk menjawab Muhyidin, yang akan mati ialah orang UMNO. Orang Melayu telah pun melihat, rupa2 nya, ada kehidupan yang lebih baik selepas dan di luar UMNO.


Yang lebuh kita nak tahu ialah sama ada UMNO akan bersikap gentleman bila mereka kalah dalam PRU13 nanti? Jadi Rais Yatim jangan duduk sibuk nak suruh pihak Pakatan bersikap gentleman- pasti parti kamu yang berfikiran feudal ini bersikap redha dan gentleman.


Kalau Rais nak membuktikan ke-gentlemanan nya, maka berikan kebebasan akhbar dan kebebasan media kepada pihak Pakatan. Berikan mereka masa untuk menyampaikan penghujjahan dan penerangan.


Dan jika kami betul2 gentleman, maka jawab lah penerangan dan hujjah Pakatan dengan cara orang yang beradab.

Posted by sakmongkol AK47 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.