`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, September 30, 2012

Bajet Terbaeek sejak Nabi Adam( 2)

Barisan MPs laud Budget 2013

Please be patient. There will an essay on this 2013 budget in the English language. Right now I am tackling the Bahasa Melayu readers.

Kita tidak sedar, kerajaan Najib menyusun kehidupan negara keliling hutang. We structure the life of the country around debt. Even when the economy is good, we still borrow instead if using increased revenues when the economy was good to pay off our obligations. When we do that, it means, debt is structural.

Walaupun ekonomi bagus, Najib tetap juga berhutang dan tidak menggunakan pertambahan pendapatan ketika ekonomi baik untuk mengurangkan hutang. Ertinya, kerajaan Najib membudayakan hutang dalam kehidupan negara. Bila ekonomi teruk, kita berhutang. Bila ekonomi dah baik pun kita berhutang. Ini dinamakan hutang kita dah jadi hutang structural. Dah jadi darah daging. Ini wasathiyah Najib.

Maka PM Najib pun tak kira lah. Asyik berhutang dan terus meyakinkan kita , ekonomi akan pulih dan kita akan bayar. Bayar dengan apa? Hasil kutipan cukai tidak berkembang. Hasil menyewa harta benda rakyat tidak boleh diperlakukan sewenang wenang nya. Kalau boleh, Malaysia dikasi sewa kepada Singapura. Hasil dari keuntungan minyak Petronas pun akan mengurang. Jadi nak bayar dengan apa? Lama kelamaan, base cukai akan dikembangkan- Najib akan kenakan GST kepada kita semua. Kalau tak, nak dapat mana duit nak bayar hutang?

Memanglah meminjam bukan lah perkara yang seburuk yang disangka. Hutang kerajaan Singapura misalnya pun amat besar. Semua orang berhutang. Tapi ada beza nya. Kemampuan bayar semula kita lain. Hutang mesti dikaitkan dengan prestasi negara dari sudut pendapatan hasil atau revenue. Kemampuan membayar tentulah dicerminkan oleh surut atau naik pendapatan.

Berapa anggaran revenue negara?  Kerajaan Najib anggarkan revenue naik dari RM 207.2 billion kepada RM 208.6 billion untuk tahun 2013. Ini peningkatan sebanyak 0.7%.  punya lah cakap besar. Ekonomi lestari itu dan ini. transformasi dah berjaya. Dah mendatangkan buah.  Najib tidak juga beritahu kita, inilah peningkatan yang paling perlahan dalam sejarah ekonomi kita sejak tahun 1999.

Kerajaan wasathiyah dan Optimus Prime Transformer Najib menanggung hutang yang kian meningkat kerana hendak membiayai pelbagai macam fikiran mabuk dia. Hutang kerajaan meningkat dari RM363 billion dalam 2009 dan RM456 billion in 2011. Untuk tahun 2012, hutang kerajaan pusat yang dianggarkan ialah ialah RM502 billion. Ertinya, sejak 8 tahun yang lalu, hutang kerajaan pusat meningkat ke tahap 107.4%.

Kerajaan Najib sibuk bila kerajaan Kelantan atau Selangor atau Kedah atau Pulau Pinang berhutang. Tapi bila kerajaan PM sendiri berhutang dia orang semua buat donno sahaja. Mereka akan kata kerajaan berhutang sebab nak tolong rakyat dan membangunkan negara. Soalan: bukan itu juga boleh dijadikan alasan mengapa negeri PR pun turut berhutang? Kelantan tidak ada hutang dengan kerajaan Federal. Selangor tidak ada. Penang hanya sedikit sahaja tinggal. Kedah tidak berhutang.

Yang bahaya nya, ialah hutang kerajaan kita sekarang ialah hutang structural. Hutang structural berbeza dengan hutang cyclical yang turun naik disebabkan pendapatan ada turun dan naik. Hutang structural ialah hutang yang ujud walaupun pada masa masa ekonomi baik.

Dalam keadaan ekonomi kuat, kerajaan terus berhutang. Bila pendapatan kita lebih dari perbelanjaan, kita terus juga bergantung kepada hutang. Ertinya, hutang structural berlaku walaupun ekonomi bagus. Kerajaan terus belanja melebihi pendapatan nya.  Ini berbeza dengan hutang cyclical. Hutang cylical berlaku bila ekonomi lemah kerana kutipan cukai jatuh misalnya. Bila ekonomi mengembang, kita kutip cukai dan bayar hutang sementara yang kita telah ambil. Ini cara berhemah dan wasathiyah. Ini tidak- bila hutang sudah menjadi sebahagian dari budaya berkerajaan, PM Najib pengurus ekonomi KITA,  tidak mahu bayar hutang bila ekonomi bertambah baik. Walupun ada lebihan atau surplus, mereka terus hutang lagi.

kita menyusun kehidupan negara keliling hutang- dengan cara melengkapi hidup kita dengan menghias negara kita dengan projek yang menyebabkan kita berhutang.  Kita nak river of life sedangkan rakyat Melayu di kampong dan desa masih memerlukan kemudahan asas. Kita nak bina MRT yang kos nya sudah pun lebih dari RM50 Billion untuk keselesaan penduduk bandar. Penduduk kampong yang rata2 nya orang Melayu bagaimana?

Kita tidak memerlukan sebuah kerajaan yang berhutang. Kita ada pilihan untuk menyertai budaya berhutang ini atau tidak. Keputusan untuk mengarah halatuju hidup kita memerlukan hanya satu cara sahaja- menolak kerajaan PM Najib. Ia boleh di lakukan.

Bagaimana kita nak betulkan keadaan? Dengan dasar ekonomi yang betul yang memerlukan dasar yang nyata dan direct. Hutang structural hanya boleh di tangani dnegan cara mengurangkan perbelanjaan, menaikkan cukai atau melebarkan base bayaran cukai. Kita kena buat. Kurangkan belanja keatas kos operasi yang tidak perlu. Menyerapkan anggota rela, kemas, jasa semua meningkatkan kos operasi. Mengapa kita perlu ejen2 UMNO ni? Kita boleh potong paling kurang 70% dari kelompok ini dan mengurangkan perbelanjaan operasi. We don’t need 10 people to look after one cow.

Potong juga belanja keatas projek2 mewah. Program dibawah Permata berlian, emas, perak atau zamrud tu semua tidak berguna. Setelah belanja banyak, apa results nya yang kita dapat?

Najib tak beritahu kita. Memang cara dia deceive rakyat. Hutang yang kian meningkat dan bayaran yang kita kena buat tentulah akan menyekat perbelanjaan mengurus dan membangun pada masa hadapan. Tambah lagi, kadar pertubuhan dalam revenue atau hasil yang dah mula perlahan. Kita takde duit dah. Dalam tahun 2003, kita bayar 10.5 billion hutang kerajaan. Dalam tahun 2008, kita bayar RM 12.8 billion. Dari tahun 2008 sampai ke 2013 nanti, kadar servis hutang kerajaan meningkat 73%.

Hutang kerajaan kita sudah sampai 53.7%. hanya 1.3% dari had 55% yang dibenarkan. Tapi angka ini pun tak betul. Najib sembunyi lagi. Sebab dia tak beritahu, angka ini kurang tepat sebab hutang kerajaan yang tak lansung pun menggunung. Bagaimana? Dia tidak beritahu kita bahawa kerajaan ada contingent liabilities yang bernilai RM117 billion setakat December 2011. Dan contigent liabilities ini akibat beri gerenti hutang kroni2 akan makin menggunung dalam tahun 2013 kerana perbelanjaan keatas projek MRT yang setakat ini berkos RM53 billion. Kita tak campur lagi jaminan kerajaan kepada projek2 mega yang lain.

Yang bahaya nya, ialah perbelanjaan2 ini semua belanja off-balance sheet  dan tidak dikira sebagai hutang rasmi. Tapi semua nya di biayai oleh kerajaan dengan hutang.

Kalau kita tak tolak kerajaan Najib, Najib akan bawak kita kearah negara Eropah yang bangkrap. Spanyol ada nisbah hutang/GDP sebanyak 68.5%. macam kita lah ada nisbah hutang-GDP hanya 53%. Tapi Spanyol sebab ada pelbagai contingent liabilities dan menebus hutang syarikat2 kroni, nisbah sebenar hutang/GDP menyebakan ekonomi tersebut hancur lebur. Kita mesi tolak program ekonomi Najib sebab dia akan membawa kehancuran kepada ekonomi kita.


Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.