`

Friday, September 7, 2012

Sultan Azlan Shah Mystery (Part 1) - in Malay




by: Uncleseekers 111
Benar atau tidak terserah kepada orang ramai yang mempersoalkan cerita sebenar dari Tengku Amran, yang merupakan saudara sepupu tetapi berlainan darah daging dan mereka pernah tinggal sebumbung dan sama-sama diperlihara oleh Almarhumah Puan Khatijah Ahmad, bekas isteri ke-empat kepada Almarhum Raja Yusuf Izuddin Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah yang mangkat pada tahun 1857.
Pada bulan Februari 1984, Sultan Idris Iskandar Shah telah disahkan mangkat. Majlis Dewan Negara Negeri Perak yang diketuai oleh Datuk Seri Ramli Ngah Talib selaku Menteri Besar ketika itu telah melantik Sultan baru sebagai pengganti. Mengikut adat istiadat dari dahulu lagi, apabila sultan telah disahkan mangkat, jenazahnya akan disimpan selama tiga hari sebelum disemadikan bagi membolehkan seorang Sultan baru dilantik.
Etika Raja-Raja Melayu yang termaktub dari dahulu lagi melarang seseorang yang bukan keturunan atau bukan berdarah raja tulin dari dinobatkan atau dilantik sebagai Sultan. Amalan tersebut diketepikan dan Datuk Seri Ramli Ngah Talib yang sudah merancang mahu melantik Raja Azlan tanpa mendapat persetujuan sepnuhnya dari ahli Majlis setelah dimaklumkan lebih awal kepada Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad terpaksa akur walaupun beliau memang tahu Raja Azlan bukan anak Raja sebenar.
(Gambar ihsan Malaysia Crisis)
Dilaporkan, Dewan Negara Perak mahu melantik juga Raja Azlan sebagai Sultan untuk memudahkan jenazah Almarhum Sultan Idris Iskandar Shah disemadikan, tetapi permasalahan timbul setelah kaum kerabat mempersoalkan perlantikan Raja Azlan tidak mengikut susunan oleh kerana beliau telah melangkah lima tangga dengan mengenepikan pewaris dari keturunan sebenar yang tidak sepatutnya berlaku. Ketika itu, Raja Azlan diletak sebagai “Raja Kecil Bongsu” ditangga bawah sekali tiba-tiba mahu dinobat sebagai Sultan.
Sebelum upacara adat istiadat perlantikan dijalankan, beberapa orang ahli majlis bercakap tentang pewaris yang lebih dekat dan mereka ingin tahu dari penjelasan Raja Azlan sendiri yang mereka kira ada kebenaran tanpa keraguan. Orang kenamaan mahu tahu selaian Raja Azlan, siapa lagi pewaris yang masih ada.
Raja Azlan memberitahu bahawa Raja Baharom Shah merupakan abangnya. Kebetulan ketika itu, Raja Baharom Shah sedang menghidap penyakit kurang siuman (gila) dari zaman kanak-kanak lagi. “Ku Ann @ Amran Mohammad Shah dimana? ” mereka bertanya lagi.
Raja Azlan memberitahu bahawa Ku Ann sudah lebih 20 tahun tidak pulang. Mungkin masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.
Ahli Majlis mendapat laporan dari beberapa orang bekas pengawal peribadi Almarhum Sultan Idris Iskandar Shah yang tahu dan mengenali Ku Ann sebelum mereka diberhentikan dari jawatan masing-masing selepas Almarhum mangkat. Nama Ku Ann atau Tengku Amran Mohammad Shah disebut oleh beberapa orang Ahli Majlis, beliau adalah cucu tunggal kepada Sharipah Malini, Permaisuri Kedua kepada Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Al-Mukhataram Shah (Iskandar Muda) selepas Permaisuri Pertama Tengku Yong Sapiah mangkat di Acheh.
Nama Tengku Amran tidak tercatit dalam buku rekod kerabat-kerabat raja Perak dan beliau telah menghilangkan diri beberapa tahun selepas Allahyarham Datuk Tak Haji Daud, yang merupakan bapa tiri Raja Azlan meninggal dunia.
Siapa Ku Ann@Raja Amran Mohammad Shah?

bersambung(to be continued)….

Source : Uncleseekers 111

1 comment:

  1. Salam,

    Artikel di atas terlalu banyak kesalahan fakta yang perlu diperbetulkan bagi mengelakkan kekeliruan serta fitnah. Mohon berkongsi:

    1) Dewan Negara Negeri Perak bukan dan tidak diketuai oleh mana-mana Menteri Besar terutamanya Datuk Seri Ramli Ngah Talib. Dewan Negara terdiri dari beberapa ahli termasuk Raja Muda, Raja DiHilir serta Raja-raja Bergelar yang lain. Hanya mereka-mereka ini sahaja yang boleh mempengerusikan mesyuarat Dewan Negara. Jika tiada diantara mereka, maka Orang Kaya Bendahara (pembesar terkanan) akan mempengerusikan mesyuarat tersebut (amat jarang sekali berlaku).
    2) "Dilaporkan, Dewan Negara Perak mahu melantik juga Raja Azlan sebagai Sultan untuk memudahkan jenazah Almarhum Sultan Idris Iskandar Shah disemadikan, tetapi permasalahan timbul setelah kaum kerabat mempersoalkan perlantikan Raja Azlan tidak mengikut susunan oleh kerana beliau telah melangkah lima tangga dengan mengenepikan pewaris dari keturunan sebenar yang tidak sepatutnya berlaku. Ketika itu, Raja Azlan diletak sebagai “Raja Kecil Bongsu” ditangga bawah sekali tiba-tiba mahu dinobat sebagai Sultan." - Kenyataan ini tidak tepat sama sekali kerana sepanjang hirarki perlantikan, DYMM Sultan Azlan hanya melangkah sekali sahaja iaitu melangkah Raja DiHilir Raja Ahmed Hisham yang sudah gering pada ketika itu. Untuk maklumat lanjut mengenai perjalanan perlantikan DYMM Sultan Azlan sila layari http://sembangkuala.wordpress.com/dymm-sultan-azlan-muhibuddin-shah-ibni-almarhum-sultan-yussuf-izzudin-ghafarullahu-lah/

    Wassalam.

    ReplyDelete