`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, December 5, 2012

Seorang mati bergaduh di Gombak


GOMBAK - Pertikaian untuk merebut kawasan di antara dua kumpulan gengster disyaki menjadi motif utama seorang anggota kumpulan samseng bergelar Geng 24 mati selepas terkena 10 das tembakan yang dilepaskan oleh lima lelaki di Flat Laksamana Jaya, Batu Caves.

S. Murgeso, 46, atau lebih terkenal sebagai Murugis dalam kalangan samseng di sini ditemui mati pada pukul 11.30 malam setelah ditembak di badan, dada dan dahi.

Difahamkan, buruh berkenaan dikatakan samseng yang semakin mendiamkan diri daripada terlibat dengan mana-mana perkelahian sejak tamat menjalani hukuman buang daerah pada tahun 2000.

Bagaimanapun, nafsu yang membuak untuk berebut kawasan dikatakan telah mendorong kumpulan gengster lain bergelar Geng 36 untuk menyerang Murgeso.

Sebelum kejadian, mangsa yang memandu kereta Toyota Vios hitam tiba di flat berkenaan untuk mengambil seorang wanita, S. Krishnarni, 40.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.