`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, December 25, 2012

UMNO dan Impian 2/3 Kerusi Parlimen



Kita biarkan Ahmad Maslan dan mana2 pemimpin UMNO merasakan mereka akan menang 2/3 kerusi parlimen. Kita tidak boleh lawan orang UMNO dalam bab cakap besar. Anwar Ibrahim pun kalah jika berlawan siapa boleh menjerit lagi kuat dengan Najib Razak.

Perasaan itu semua dalam alam angan2 orang UMNO belaka. Di Sabah BN ada potensi untuk hilang 17 kerusi parlimen. Semua kerusi dimana kombinasi China dan Kadazan majority- UMNO dan BN akan kalah. Di Sarawak PBB ada 14 kerusi parlimen. Parti2 bukan PBB ada 16 dan pembangkang ada 1. BN boleh hilang 17 kerusi di Sarawak. jadi di Malaysia Timur, UMNO bakal hilang sehingga 33 kerusi parlimen.

Jika mereka kalah 33 kerusi, kiamat akan tiba awal untuk UMNO.

Di Semenanjung UMNO ada 66 kerusi sahaja. Dicampur dengan 13 dari Sabah, UMNO ada 79 kerusi. Di Semenanjung, UMNO nak kekalkan 66 kerusi pun sesak dan tenat. UMNO sekarang bukan macam UMNO dahulu. Pembangkang sekarang bukan macam pembangkang dahulu. Dulu UMNO kuat, sekarang lemah. Dahulu Pembangkang lemah, sekarang bertambah kuat dan bersatu.

In 2008, calun UMNO hanya dapat 2 juta undi dari 5.7 juta pengundi Melayu. Ahli UMNO jumlah nya 3.2 juta. Itu bermakna 1.2 juta ahli UMNO, walaupun UMNO mengundi calun PR. Jumlah pengundi dalam tahun 2008 ialah 7.9 juta. Kali ini, ada tambahan 2.5 juta pengundi kebanyakan nya orang muda. 70-80% orang muda tidak akan undi BN dan UMNO.

Jadi kita biarkan panglima2 UMNO mengimpikan 2/3 kerusi parlimen. Di Sabah kali ini mereka akan kalah teruk. Budak kecik dan orang tua, lelaki dan perempuan menzikirkan inikalilah setiap kali. Rakyat di pedalaman pun sudah bernekad undi PR atau kalau mereka tidak tahu nama parti, mereka hendak undi Anwar Ibrahim. bab kita suka atau tidak Anwar Ibrahim adalah suatu hal yang lain. Kalau rakyat percaya kepada dia, tidak ada siapa yang boleh buat apa apa. Tidak saya, saudara, Najib atau Mahathir.

Mahathir jangan lupa, Pak Lah dalam tahun 2004 mendapat mandate dan jumlah undi yang paling besar. Pencapaian itu tidak pernah perolehi oleh Mahathir pun. Mahathir jangan lupa bahawa mandate yang besar tersebut bukan diperolehi kerana orang sukakan Pak Lah- tapi mandate tersebut diberi kerana rakyat meraikan pengunduran Mahathir. jadi, kalau Mahathir menghulurkan hidung dia dalam PRU yang akan datang, rakyat akan sekali lagi meraikan pengenyahan Mahathir. rakyat Sabah nanti lama untuk menyuarakan hak mereka menyatakan amarah keatas Mahathir sebagai akitek projek IC.

Ada finah yang ditabur oleh puak UMNO menyatakan Dato Fauzi Shaari menyesal masuk PAS. Saya sudah banyak kali berceramah dengan Dato Fauzi semenjak dia mula2 berceramah lagi. Semangat nya untuk mewakili PAS dalam parlimen Larut semakin berkobar kobar setiap hari. Dia bukan menyesal, bahkan menyesali kenapa lama sangat tidak memilih PAS. Kita doakan dia berjaya dalam PRU ke 13 nanti. Ramai anggota polis menyokong pendirian Dato Fauzi dan mereka akan sokong PR ditempat tempat mereka.
Apabila kes RM40 juta timbul , Musa Aman berada dalam ketakutan yang amat sangat. Memang itu duit ufti yang dibayar oleh peniaga balak di Sabah kepada Musa. Bila kes ini tersebar- Musa Aman menangis. Dia rasa dia akan kena jel kali ini. dia sedar ada kumpulan di Kuala Lumpur berkonspirasi mahu menjatuhkan nya dari menjadi KM Sabah. jatuh atau tidak, tidak menjadi masaalah kepada kita. Musa Aman akan kalah banyak kerusi parlimen kali ini. bahkan Anifah Aman sudah pun bersedia untuk menubuhkan parti politik baru diSabah untuk menentang komplot politik geng2 Najib dari KL.

Tapi Musa Aman pandai berpolitik. Dia ambil duit dari mana2 sumber yang dia boleh. Tapi dia agihkan kepada semua calun parlimen dan adun BN. setiap orang menerima RM1 juta. Dan Musa ketika menyerahkan apa2 wang kepada mamat2 BN akan mengkehendaki mereka sain baucer menerima wang. Jadi dia ada senarai yang lengkap siapa terima dan terima banyak mana.

Bila Musa jumpa Najib di KL- dia berkata. You tidak beri saya apa2 bila berdepan dengan PRU. I finance everything. 25 parlimen ertinya, saya beri RM25 juta. 60 kerusi DUN, bererti saya telah belanja RM 60 juta. Jadi total semua RM85 juta. This is the record of the recipents. Jadi kalau saya terima RM40 juta, tak sampai separuh saya recoup belanja saya. Bukan untuk saya, untuk calun BN. itu tak termasuk kos dan belanja logistics yang lain. So if you want to pin me on the RM40 million, you must also charge all the BN MPs and ADUNs.

Najib tak tahu nak buat apa2. Nak ambil tindakan kat Musa, nanti semua rahsia bocor. Mahu tak mahu, Nazri Aziz keluar kenyataan- RM40 juta itu Ahmad Albab UMNO yang punya.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.