Jika sesiapa yang tidak tahu realiti semasa tentang keadaan politik di Malaysia ini menonton siaran video Bloomberg TV diatas, ada kemungkinan mereka akan berpendapat bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang yang sedang berusaha untuk menyelamatkan Sabah dari hilang ke tangan Sulu akibat kelemahan pentadbiran Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional Malaysia!
Cara dia jawab soalan soalan hos Bloomberg TV diatas seolah olah dia tak ada kena mengena langsung dengan krisis pencerobohan pengganas2 Sulu di Lahad Datu baru baru ini.
Namun hakikat sebenarnya pada 14hb Oktober 2012, di program Jelajah Merdeka Rakyat, Permatang Pauh, Pulau Pinang yang ia adakan, Anwar Ibrahim telah menyanyikan lagu dibawah dengan lirik rekaan nya sendiri yang berbunyi "Tanya sama Najib, mengapa kau goyang? Nanti jawab Najib, Sabah dah HILANG!!!"
Tuan tuan dan puan puan, sidang pembaca yang saya hormati.
Didalam perancangan politik tanahair yang semakin hari semakin kotor dan penuh dengan komplot dan kontroversi, perbuatan politikus pembangkang seperti di atas ternyata menerobos pelbagai macam pantang larang siyasah yang negara ini belum pernah menyaksikan.
Penggunaan media massa semakin hebat dan persepsi rakyat tentang itu dan ini mudah di olah dan disiarkan untuk mempengaruhi mereka yang tidak sedar akan pelbagai kaedah mempengaruhi minda masyarakat umum untuk bertanggapan sepertimana kehendak mereka yang mempunyai sesuatu agenda dan rencana untuk mendapatkan kuasa pemerintahan didalam negara kita ini.
Sebelum ini, tak ada sesiapa pun yang pernah berkata bahawa Sabah akan hilang dari jajahan takluk negara kita ini. Tak ada.
Walaupun tuntutan Filipina itu terhadap Negeri Sabah sudah pernah tercatat didalam sejarah, ianya sudah lama dilupakan kerana Mahkamah Antarabangsa telah membuat keputusan bahawa Filipina tidak ada hak sedemikian dan bayaran tahunan saguhati kepada Kesultanan Sulu hanya sebagai bayaran ehsan dan bukannya bayaran sewa seperti di salah anggap si Jacel Kiram III yang perasan dirinya sebagai puteri 'kesultanan Sulu' yang sudah tidak di iktiraf oleh Kerajaan Filipina sendiri yang merupakan sebuah republik.
Anwar Ibrahim menyanyikan lagu di atas dengan lirik bahawa Najib dah goyang sebab Sabah dah hilang menimbulkan persepsi tentang nasib Sabah yang berkemungkinan hilang dari kuasa Kerajaan Malaysia yang kini dibawah pemerintahan Barisan Nasional dan diterajui Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak?
Tidak timbul soal bahawa BN mungkin kalah didalam mana mana pilihanraya ke apa tetapi yang dinyanyikan Anwar adalah 'Sabah dah hilang'!
Soalnya sekarang apakah maksudnya itu bahawa Sabah 'dah hilang'?
Ini yang patut kita semua tanya? Apa sebab ia berkata 'Sabah dah hilang'?
Hilang macam mana yang ia maksudkan?
Hilang ke tangan kuasa asing?
Hilang dari kuasa BN?
Hilang apa ke jadah Syeikh???
Takkan perkara seperti itu pun pihak Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan PM Najib Tun Razak tak reti nak tanya Anwar Ibrahim?
Apa jenis Kerajaan Malaysia ini yang masih dok nganga tak sudah sudah sedangkan Ketua Pembangkang tersebut boleh selamba derk saja bercakap kepada media antarabangsa begitu begini menonjolkan dirinya seolah olah pejuang hak itu ini bagi pihak rakyat walhal dia sendiri yang dilaporkan media Filipina sebagai orang yang telah berunding dan merancang dengan wakil MNLF Nur Misuari tentang apa ke benda yang kita semua belum tahu?
Jangan nanti Najib tercelik mata dan mendapati bahawa nasi sudah menjadi bubur dan walaupun ia menang sorak ; kampongnya sudah tergadai???
Sampai bila Najib Tun Razak serta Kerajaan Malaysia akan terus mengidap penyakit sindrom 'membiarkan Si Luncai terjun dengan labu labunya' ; 'kaduk naik junjung' atau 'ular lidi menjadi naga'?
Takkan yang tu pun kami nak kena ajar???
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.