`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, March 30, 2013

PENGARAH IMIGRESEN DILANTIK PENGARAH ESSCOM




KUALA LUMPUR : Pengarah Imigresen Sabah Datuk Mohammad Mentek dilantik sebagai Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mulai 1 April.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa ketika mengumumkan pelantikan itu hari ini, berkata Mohammad, 48, berpengalaman dalam bidang pembangunan dan pengurusan sumber manusia, kewangan dan keselamatan.
“Saya percaya kelayakan, pengalaman, pengetahuan serta kredibiliti yang dimiliki Mohammad akan membolehkan beliau menerajui ESSCOM dalam memastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam khususnya di zon keselamatan khas ini sentiasa terjamin terpelihara melalui kemantapan tindakan penguatkuasaan undang-undang dengan mengambil kira perkembangan serta keadaan masa kini dan masa hadapan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohammad berkelulusan Ijazah Sarjana Sains (Statistik) dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dari Minnesota University, Amerika Syarikat.

Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Dis 1992 dan dilantik sebagai Pengarah Imigresen Sabah mulai 14 Ogos 2010.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Wilayah Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Kampus Wilayah Sabah, Pengarah Imigresen Wilayah Persekutuan Labuan, Setiausaha Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Kementerian Dalam Negeri, Penolong Pegawai Kewangan Negeri Perak dan Penolong Setiausaha Cawangan Perjawatan, Perkhidmatan dan Latihan, Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos.

Penubuhan ESSCOM yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac lepas meliputi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu. (Bernama)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.