`




THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Saturday, March 30, 2013

UMNO/BN akan terus menipu untuk pertahan Putrajaya...


hishamuddin_raisUmno BN akan menggunakan pelbagai penipuan asalkan pilihan raya umum (PRU) nanti tidak dimenangi Pakatan Rakyat.

Aktivis Hishamuddin Rais berkata, strategi berterusan Umno BN itu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Katanya, mereka menjadikan PRU ke-13 bukan sekadar pertarungan merebut undi tetapi perlawanan penipuan untuk mengekalkan kuasa.

“Umno BN tidak akan mudah menyerah mandat kepada Pakatan Rakyat. Mereka tetap akan meneruskan penipuan.

“Sebagai orang terlibat langsung dengan Bersih, saya melihat perlawanan ini bukan perlawanan satu undi untuk satu pengundi. Kami dapati setiap hari ada aduan mengenai kehilangan nama dalam senarai pengundi.

Mereka hanya boleh mengundi untuk Parlimen tapi tidak boleh untuk Adun, alamat ditukar dan pelbagai lagi.

“Tan Sri Khalid (Ibrahim) contohnya sebagai Menteri Besar Selangor, mestilah mengundi di Selangor, tetapi ditukar kepada Seksyen 16 dalam kawasan Lembah Pantai.

“Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula pada PRU 2008 menang dengan undi 2,000 dan sekarang mereka (Umno BN) mulakan proses memasukkan pengundi tambahan sebanyak 19,000. 

Walaupun Izzah membawa kes ini ke mahkamah tapi segalanya dikawal, ini yang berlaku,” kata Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih itu.

Beliau berkata demikian pada Forum ‘PRU 13, Ke Mana Malaysia?’ anjuran bersama Strategic Information and Research Development Center (SIRD) dan Malaysiakinidi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), malam tadi.

Antara panelis lain ialah Editor Malaysiakini, Steven Gan; Pegawai Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan Produser Radio BFM, Sharaad Kuttan. Turut hadir, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Rozan Azen Mat Rasip.

PRU 13
Mengulas lanjut, Hishamuddin turut memberi contoh penipuan Umno BN.

“Seperti yang berlaku di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu. Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dihalang dari memasuki Felda itu hanya untuk berceramah.

“Berapa nilai Felda itu? RM100 juta? RM200 juta. Bagaimana pula Putrajaya berharga berbilion-bilion, bertrilion-trilion? Sudah tentu mereka akan mempertahankannya habis-habisan,” kata beliau.

Tambah Hishamuddin, jika penipuan itu berterusan, rakyat tiada pilihan selain turun ke jalan raya sekali lagi.

“Dalam negara dunia ketiga ini, ‘real’ politik itu tidak wujud. Yang wujud adalah kekuasaan melalui wang ringgit. Ini dipraktikkan oleh Umno BN.

“Cara paling berkesan untuk menumbangkan rejim ini dengan turun ke jalan raya dan mendesak supaya dua pemimpin tertinggi dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikaitkan dengan Umno BN berundur dan menubuhkan SPR yang benar-benar bebas supaya PRU bersih dan adil.

“Beberapa minggu lalu pilihan raya umum diadakan di Kenya. Apa yang berlaku? SPR Kenya memainkan peranan dalam memastikan parti pemerintah terus menang, keadaannya sama denganapa yang berlaku dalam negara kita,” tegasnya. – NS

Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim won his defamation lawsuit against former MACC chief Datuk Seri Ahmad Said and the government earlier this month.
Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim won his defamation lawsuit against former MACC chief Datuk Seri Ahmad Said and the government earlier this month.

Khalid wants contempt of court order against ex-MACC chief, AG's Chambers...

Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim has instructed his lawyers to initiate contempt of court proceedings against former Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief commissioner Datuk Seri Ahmad Said Hamdan and the government for failing to abide by a court order to publish a public apology.

A front-page public apology addressed to Khalid was to be published in The Star and the New Straits Times four days from March 19, when a consent judgment was entered against Ahmad Said and the Attorney-General's Chambers in a defamation suit filed by Khalid.

Six days had passed since the deadline expired, said Khalid in a statement today, but the apology read in court by the former MACC head had yet to be published.

"I'm very disappointed with Ahmad Said and the government for willing to go against the court order and risking contempt of court despite having agreed to terms before Kuala Lumpur High Court Judge Datuk Lau Bee Lan to publish a public apology on the front page of the newspapers.

"However, Ahmad Said and the government are irresponsible for purposely refusing to fulfil their end of the bargain within four days, as decided by the High Court," said Khalid.

Ahmad Said had read out an apology to Khalid before Justice Lau for accusing the menteri besar of abusing his powers by using state funds to maintain his personal car and to purchase 46 cows for Aidiladha celebrations in Bandar Tun Razak parliamentary constituency in 2009.

The former MACC head, however, defended his action on the grounds that the statement was not said with the intention of harming Khalid's reputation, but merely in response to reporters who had posed a question during a press conference on Feb 20, 2009 about investigations on the plaintiff.

Khalid had initiated the defamation suit against Ahmad Said, the MACC and the government for the libellous statement that he had abused his power as menteri besar.

The menteri besar added that Ahmad Said and the government had "failed" to execute the court's order although they were reminded of the matter by his lawyer.-fz


Tidak siar mohon maaf: Ahmad Said hina mahkamah







 cheers.

No comments:

Post a Comment