`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, March 30, 2013

SEMPORNA 'AWAL-AWAL' TERMASUK ESSCOM





KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata Jumaat bahawa Semporna 'awal-awal lagi' telah dimasukkan dalam Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

"Saya ingin menjelaskan Semporna dari awal-awal masuk dan tidak pernah keluar (dari kawasan keselamatan)," katanya ketika mengulas kekeliruan berhubung Semporna tidak dimasukkan dalam pembentukan ESSCOM yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Musa, Pengerusi Zon Keselamatan Timur Sabah (ESSZONE), berkata Semporna adalah kawasan utama yang dimasukkan dalam ESSCOM merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.

Berikutan itu, Musa berharap tidak timbul lagi kekeliruan mengenai perkara itu.

Rabu lepas, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga anggota Parlimen Semporna membawa cadangan untuk memasukkan daerah Semporna dalam ESSCOM pada mesyuarat Kabinet.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik berkata kerajaan memperuntukkan RM200 juta untuk keperluan pasukan keselamatan di ESSZONE termasuk menambah aset pertahanan bagi memantapkan operasi di zon tersebut.

ESSZONE meliputi 10 daerah sebagai memberi asas perundangan kepada ESSCOM. (Bernama)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.