`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, March 30, 2013

PECAH BERITA! Umno Pun Bakal Dapat 'TELUR' Macam MCA?



Nampaknya, bukan setakat MCA yang bakal menerima anugerah 'telur' dari para pengundi Selangor malah ia kini turut merebak kepada Umno!

Ini dibuktikan semasa Barisan Nasional (BN) Selangor menjadikan pertemuan dengan usahawan logistik dan pengangkutan pada program 'Get Together Selangor Logistics Fraternity' untuk melobi sokongan bagi pilihanraya umum ke-13.

Tinjauan Keadilandaily pada program semalam mendapati, Timbalan Pengarah Jentera Pilihanraya BN negeri, Mohd Zin Mohamed terpaksa merayu kepada kumpulan usahawan itu untuk memberi sokongan kepada BN.

"Kami merayu sokongan anda. Pilihanraya semakin hampir. Biarlah saya cakap secara jelas dan berterus terang," katanya di hadapan kira-kira 100 hadirin pada program itu di Hotel Premiere, Klang semalam.

Mohd Zin merupakan Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menjadikan kemudahan pengangkutan awam itu sebagai kempen bergerak BN.

Dalam program sama, Presiden KTMB, Elias Kadir berterus terang akan menyokong BN dalam pilihanraya umum akan datang, meskipun memegang jawatan dalam syarikat berkepentingan awam.

"Saya selalu ditanya sama ada saya ini mewakili KTMB atau BN? Saya terus terang katakan saya ialah penyokong BN," kata Elias.

Sebelum bersama KTM Berhad, Elias mengetuai operasi di beberapa konglomerat utama seperti UMW Toyota, Edaran Otomobil Nasional (EON), Proton, Kontena Nasional, Northport dan FELDA.

Pengakuan terbuka itu menguatkan hujah Pakatan Rakyat bahawa KTMB dijadikan kuda tunggangan Umno-BN pada kempen pilihanraya umum ke-13.

Pada 25 Julai 2012, KEADILAN mendedahkan bahawa KTMB mengarahkan kakitangan jabatan korporat, sumber manusia dan pemasaran untuk mengedar kurma pada bulan Ramadhan yang merupakan kempen BN.

Manakala pada 12 April 2012, Mohd Zin Mohamed mengeluarkan arahan agar bendera BN dipasang di 28 stesen komuter di seluruh Selangor.

Dalam tinjauan Keadilandaily, seorang penyokong Parti Progresif Penduduk (PPP) dari Ampang yang tidak dinamakan berkata, pertemuan bersama tersebut adalah yang pertama kali dianjurkan BN Selangor.

"Sebelum ini tak pernah. Ini kali pertama BN buat pertemuan dengan usahawan ini. Itu pun sebab dah kalah pilihanraya 2008," katanya kepada Keadilandaily semasa sesi minum petang.

Program semalam menghimpunkan wakil komponen parti Barisan Nasional dari 22 bahagian di Selangor.

Sehingga program berakhir jam 7.30 petang, didapati tidak ada seorang Adun BN Selangor hadir ke program tersebut.

Semalam, pengerusi MCA negeri, Donald Lim Siang Chai juga mengeluarkan kenyataan serupa yang merayu agar parti itu diberi peluang untuk memerintah semula bersama BN kerana jika tidak, MCA akan mendapat 'telur' (kosong) dalam pilihanraya umum tidak lama lagi. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.