`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, March 19, 2013

Bahana dari ucapan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.


Rasanya belum pun sampai sebulan lagi ucapan Raja Muda Perak mengenai isu parti orang Melayu antara Pas dengan Umno...


 

Dan semalam satu berita yang cukup memilukan hati-hati orang melayu mazhab umno.... 

BERUAS: Pengerusi Persatuan Kerabat dan Waris Negeri Perak, Raja Rozmal Raja Yaacob mengisytiharkan menyertai PAS.

Beliau menyerahkan borang permohonan keahlian PAS bersama 30 AJK dan ahli persatuan itu kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu program ceramah politik di Beruas, dekat sini malam tadi.

Dalam ucapannya, Raja Rozmal berkata, penyertaan tersebut tidak didorong oleh sesiapa tetapi atas kesedaran sendiri setelah melihat perjuangan PAS adalah benar.

Menurutnya, penyertaannya juga akan memberi ruang kepada beliau dan ahli jawatankuasa membantu PAS dan Pakatan rakyat untuk memenangi PRU13 nanti.

Di akhir ucapannya, Raja Rozmal membacakan ikrar dengan mengatakan akan memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat.

“Saya mewakili anak-anak Raja dan Waris Negeri Perak akan menyatakan sokongan penuh tidak berbelah bahagi demi memastikan kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan melalui perjuangan yang dibawa oleh PAS,” katanya dan disambut dengan laungan takbir oleh ribuan hadirin. (Gambar atas.)

Sementara itu, Mohammad Sabu berkata, kemasukan Raja Rozmal itu memberi isyarat jelas bahawa rakyat di semua peringkat dan golongan inginkan perubahan.

Kata beliau, Umno tidak senang dengan suasana sekarang kerana ia telah menggugat impian mereka untuk terus berkuasa di negara ini.

Tegasnya, momentum perubahan tersebut telah memuncak dan tiada sesiapa yang boleh menghalang rakyat untuk terus membuat perubahan.

Di sini aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Ds Najib dan pencacainya termasuk mufti Perak sekali yang selama sering membuat tohmahan dengan pelbagai label "pas sesat, kafir, pecah belah dan sebagainya".. 

Semakin kuat Pas diberi tohmahan dan sebagainya,, maka sebagai impaknya semakin ramai umat melayu dengan tak disangka-sangka mereka memohon menjadi ahli Pas... Subha Na Allah..



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.