`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, March 28, 2013

Gagal Bubar Parlimen, Maruah Najib Tercampak Ke Tong Najis



MB NS perlu dapat restu Yang DiPertuan Besar 

SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan menasihatkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan agar mendapatkan restu daripada Yang DiPertuan Besar Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir untuk meneruskan tugas beliau sebagai Menteri Besar di bawah ‘caretaker government’ atau kerajaan sementara.

“Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan Akta Interpretasi 1984 dan 1967, meneruskan peranan sebagai Menteri Besar di bawah ‘caretaker government’ mestilah mendapat restu Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.

Kedudukan Mohamad sebagai Menteri Besar menjadi tanda tanya apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah terbubar secara otomatik hari ini.

“Kita bukan mahu Mohamad tinggalkan jawatan sebagai Menteri Besar sepenuhnya, tetapi kita tidak mahu rakyat keliru dengan situasi yang berlaku di Negeri Sembilan. Tambahan pula sekiranya Menteri Besar dan Exco masih lagi berlagak dengan kuasa Menteri Besar dan Exco sebelum ini.

“Kerana fungsi bagi kerajaan sementara adalah terhad. Tidak boleh membuat sebarang keputusan kritikal seperti meluluskan tanah, projek kerajaan atau menyampaikan bantuan kerajaan.

“Maka cara yang terbaik untuk elakkan kekeliruan adalah dengan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak membubar parlimen segera,” kata Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Ustaz Norazman Mohamad.

Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Khairil Anuar Wafa pula dalam nada sinis mengucapkan jutaan terima kasih dan merakamkan penghargaan kepada Mohamad di atas jasa Mohamad sebagai Menteri Besar terakhir Barisan Nasional.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas jasa beliau dan ingin merakamkan penghargaan di atas sumbangan beliau sebagai Menteri Besar Barisan Nasional yang terakhir.

“Semoga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan membuka lebaran baru dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang baru akan terbentuk,” ujar Mohd Khairil.

Sementara itu PAS Negeri Sembilan juga mengumumkan akan bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-13 ini.

Menurut Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Mohamad Hassan Tamby; PAS telah menyerahkan kerusi DUN Sri Menanti dan Gemas yang ditandingi oleh parti itu pada PRU-12, kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Sementara PKR pula telah menyerahkan kerusi DUN Labu kepada PAS. Pada PRU-13 nanti PKR akan bertanding 13 kerusi DUN, PAS 12 kerusi dan DAP kekal 11 kerusi DUN.

“Peruntukkan kerusi Parlimen juga kekal seperti PRU-12 iaitu PAS akan bertanding di Jelebu, Jempol dan Tampin, sementara PKR pula di Telok Kemang, Rembau dan Kuala Pilah. DAP pula akan bertanding di Seremban dan Rasah,” jelas Mohamad Hasan.

Apabila ditanya tentang senarai calon PAS pada PRU-13 nanti, Mohamad Hasan berkata beliau tidak boleh umumkan senarai calon sekarang kerana telah dipersetujui oleh Majlis Pakatan Rakyat Negeri Sembilan bahawa semua calon PRU-13 akan diumumkan serentak oleh PAS, PKR dan DAP di bawah entiti Pakatan Rakyat. -FMT


Kerajaan Negeri Sembilan haram selepas 26 Mac – Dr Aziz Bari


Kerajaan Negeri Sembilan akan menjadi kerajaan haram jika ia terus beroperasi selepas 26 Mac, kata pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, DUN Negeri Sembilan akan bubar dengan sendiri pada tarikh tersebut jika tiada pembubaran DUN dilakukan sebelum itu.

“Sekiranya kerajaan Negeri Sembilan terus beroperasi selepas Selasa, 26 Mac ini, kita boleh katakan yang ia haram. Ini kerana pada tarikh itu DUN Negeri Sembilan bubar secara automatik.

“Dalam sistem demokrasi berparlimen – atau Westminster – hayat kerajaan bergantung kepada dewan. Bila dewan bubar kerajaan pun ikut bubar.

“Sebuah kerajaan sementara (caretaker government) perlu dilantik oleh Yam Tuan Besar. Menteri Besar (MB) yang ada boleh dilantik sebagai MB sementara,” katanya kepada Keadilan Daily.

Untuk rekod, sidang pertama Dewan Rakyat adalah pada 28 April 2008, manakala sidang DUN pertama pula bermula dengan Negeri Sembilan iaitu pada 25 Mac dan diikuti DUN-DUN lain pada bulan April 2008.

Menurut Aziz, adalah tidak bermoral bagi kerajaan negeri atau pusat terus berkuasa kerana ia telah melebihi tarikh 8 Mac, iaitu melepasi tempoh mandat lima tahun yang diberikan sejak pilihan raya umum (PRU) 2008.

“Kalau dulu taklah menonjol sangat sebab dewan (Dewan Rakyat dan DUN) dibubar sebelum 5 tahun. Sekurang-kurangnya adalah hujah moral untuk tidak melantik kerajaan sementara secara formal, “Tetapi sekarang ini lain, tarikh 8 Mac sudah jauh ditinggalkan. Tempat berpijak yang ada hanyalah tarikh dewan bersidang buat kali pertama selepas PRU yang lalu. Kalau tarikh yang itu pun sudah luput, apalagi alasan untuk kerajaan ini berada di situ dan menggunakan kemudahan serta wang rakyat,” katanya.

Justeru katanya, kerajaan sementara yang dilantik di Negeri Sembilan selepas 26 Mac perlu melaksanakan prinsip tersebut dengan menjalankan fungsi terhad sebagai sebuah kerajaan.

Ia katanya, termasuk tidak membuat sebarang keputusan kritikal seperti meluluskan tanah, projek kerajaan atau menyampaikan bantuan kerajaan.

“Kerajaan sementara ini sekadar buat kerja rutin dan tak boleh buat inisiatif penting. Guna kemudahan awam lagilah tak boleh. Naikkan gaji pun menimbulkan persoalan,” ujarnya.

Menyifatkan tempoh yang ada pada kerajaan ibarat ‘simpanan petrol’ dalam tangki minyak sebuah kereta, Aziz menggesa parlimen segera dibubar agar mandat baru diberikan oleh rakyat.

“Tarikh 26 Mac itu – atau 28 April dalam konteks Dewan Rakyat – ibarat petrol reserve.

“Maknanya kalau minyak habis, kereta kena berhenti dan isi minyak. Isi minyak di sini bermaksud bubar dewan dan adakan pilihan raya umum bagi mendapatkan mandat atau autoriti baru dari rakyat,” kata Aziz.


Ulasan GB

Banyak implikasi negatif akibat daripada kegagalan Najib untuk membubarkan parlimen setelah genap 5 tahun pilihanraya umum ke 12 di adakan pada 8 Mac 2008.

Apabila DUN terbubar dengan sendirinya seperti apa yang berlaku ke atas DUN Negeri Sembila, Najib seperti tidak menghormati kuasa Raja, Sultan, Yang Dipertuan besar dan Yang Dipertua Negeri yang mempunyai kuasa, di bawah Perlembagaan untuk membubarkan DUN negeri masing-masing.

Masih ingatkah kita di dalam peristiwa krisis Perak di mana tatkala rakyat Perak ingin DUN Perak dibubarkan ekoran rampasan kuasa UMNO BN terhadap kerajaan negeri tersebut? Sultan perak telah tidak memperkenankan pembubaran DUN, mengesahkan bahawa kuasa Sultan / Raja / Yang Dipertuan Besar dan Yang Dipertua Negeri amat perlu untuk pembubaran DUN.

Tetapi apabila DUN terbubar dengan sendirinya bererti kuasa mereka lansung sudah tidak dihormati. Siapa yang menyebabkan keadaan begitu berlaku? Jawabnya PM yang penakut untuk membubarkan parlimen!

Selain daripada itu impak yang ditinggal amat besar. Kini Negeri Sembilan negeri pertama tiada lagi YB-YB dan para exco di negeri itu. Kerana tempoh YB-YB dan exco telah tamat. Begitunya MBnya. Gaji dan elaun mereka terhenti secara automatik.

Memang pun "Caretaker Government" mengambil-alih dan MB boleh meneruskan peranan sebagai Menteri Besar di bawah ‘caretaker government’ itu, tetapi mestilah mendapat restu Sultan / Raja / Yang Dipertuan Besar dan Yang Dipertua Negeri masing-masing dan jumlah serta struktur kerajaan di dalam Caretaker government ini tidak sama malah kuasa mereka juga amat terhad.

Maruah Najib kini tercampak ke tong najis. Penakut yang tiada taranya dengan memberikan alasan-alasan dangkal sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah hendak mempastikan perlaksanaan program penipuannya berjalan sebelum pilihanraya dipanggil.

Di segi yang lain pula, dengan hukum kebenaran dan keadilan, apa yang nyata,seseorang itu sebenarnya diberikan kesempatan untuk menggunakan sehabis-habis peluang untuk memerintah sehingga ke akhirnya kerana itulah tanda-tanda riwayat pemerintahannya sudah pun berada di penghujung jalan seolah-olah tiada esok lagi bagi UMNO BN....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.