`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, March 16, 2013

Ha Ha Ha TUN SEDANG MEMPROMOSI anaknya untuk jadi MB KEDAH...

Ha Ha Ha TUN SEDANG MEMPROMOSI anaknya untuk jadi MB KEDAH.... daya tarikan promosi kali ini ialah JANJI PROJEK & PROJEK.... dah 55 tahun hangpa jaga KEDAH kenapa masa tu tak ingat PROJEK itu PROJEK ini.. bila dah kena cerai dengan RAKYAT KEDAH baru hangpa dok mai JANJI PROJEK SEMULA.... masa 55 tahun tu hang juga yg jadi PM sehingga 20 tahun lebih... tapi kenapa sekarang baru dok janji...

Hang sekarang bukan lagi PM hang hanya mantan sahaja.... sekadar JANJI BERJANJI sahajalah nampaknya...  masa hang 20 tahun jadi PM awat tak tolong selesaikan KOMPLEK TENKU YAAKOB yang terbengkalai 30 tahun lebih tuuu.... mai AZIZAN terus seattle...nampaknya dari apa yg dilakukan AZIZAN kami lagi berkeyakinan dari hangpa yang sekadar JANJI JANJI JANJI.. bila menang hangpa jugak yang KAYA RAYA.. RAKYAT TERUS PAPA KEDANA....

BN rancang banyak projek di Kedah - Tun M

DR. Mahathir Mohamad melambai tangan kepada orang ramai sambil diiringi Mukhriz Mahathir (kiri) pada Himpunan Anak Kedah di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN
KUALA LUMPUR 16 Mac - Sebuah loji penapisan minyak dan jeti bakal didirikan di Jerlun, Kedah oleh tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary apabila negeri itu kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, projek-projek lain yang dirancang di kawasan utara Kedah termasuk saluran paip minyak hingga ke Songkhla, Thailand, mewujudkan kawasan industri getah dan industri pembuatan komponen kereta.
Menurut beliau, kesemua projek tersebut akan menyumbang kepada kemajuan Kedah seperti yang pernah dinikmati semasa di bawah pentadbiran BN dahulu.
"Syed Mokhtar berminat membangunkan Kedah. Kalau kita tengok bangunan-bangunan di Alor Setar, kita tahu Syed Mokhtar ada kebolehan.
"Namun, kita perlu tentukan BN menang di Kedah terlebih dahulu supaya negeri itu dapat pemerintah yang boleh mentadbir dengan baik," katanya ketika berucap dalam Himpunan Anak Kedah di Stadium Putra, Bukit Kiara di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.