`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, March 10, 2013

Hasan Ali Kempunan Lagi dan Lagi



Hasan Ali telah mengeluarkan kenyataan berhubung dengan kenyataan bapa kepada Saiful Bukhari. Antara lain, Hasan Ali berkata:

Bagi setengah pihak masalah moral Anwar Ibrahim tidak akan ada jalan penamatnya. Tutup di kepala ekor pula yang terbuka. Tutup di ekor kepala pula yang terbuka. Begitulah ibarat kisah moral Anwar Ibrahim.

Sayangnya segala tuduhan kepada Anwar berkaitan moral setakat ini terbukti palsu. Tiada yang benar dan tiada yang terbukti. Hanya fitnah dari UMNO semata-mata.

Hakikatnya yang tiada penamatnya adalah kekecewaan Hasan Ali.

Seorang kenalan Tulang Besi adalah antara mereka yang mahu didaftar sebagai ahli2 penaja kepada JATI. Di dalam majlis penerangan pertama sebelum penubuhan JATI, mereka telah diberitahu bahawa mereka wajib percaya bahawa Anwar telah meliwat Saiful Bukhari.

Perlu diingat persiapan bagi penubuhan JATI ini bermula sebelum keputusan mahkamah pada 9 January 2012.

HAsan Ali benar2 berharap Anwar Ibrahim didapati bersalah supaya platform JATI dipergunakan untuk menyebarkan fitnah liwat ke atas Anwar.

Malangnya Anwar telah didapati tidak bersalah. KECEWA Hasan Ali yang teramat sangat.

Namun, secara diam2 terus menerus JATI dan geng mereka di dalam Majlis Syura Ulama serta AJK PAS Pusat menyebarkan fitnah kononnya Anwar adalah seorang peliwat dan penzina.

Malang sekali lagi kepada Hasan Ali.

Bayangkan penyokong2 pertama JATI itu diwajibkan mempercayai fitnah liwat II ke atas Anwar. Sekarang ini Hasan JATI seperti jatuh ditimpa tangga.

Pertama jatuh bila mahkamah menetapkan Anwar tidak bersalah.

Ditimpa tangga apabila bapa Saiful sendiri mengaku wujudnya konspirasi jahat dari pejabat Perdana Menteri untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim dalam fitnah liwat II ini.

Yang paling ditakuti oleh Hasan Ali adalah JATI itu sendiri akan rebah menyembah bumi. Mereka2 yang mula2 mempercayai JATI sudah tentu sekarang ini akan mempersoalkan HAsan Ali, mempersoalkan JATI, mempersoalkan mengapa wujudnya JATI itu sendiri.

Dengan kata lain JATI bakal menghadapi krisis dalaman yang serius selepas ini. Ramai yang akan hilang kepercayaan dengan JATI dan meninggalkan JATI.

Patutlah tanpa diminta dan diharap Hasan Ali keluarkan kenyataan berkaitan isu ini.

Ia adalah petanda jelas bahawa Hasan Ali berada dalam keadaan ketakutan dan kerunsingan.

TULANG BESI

ps tak sabar nak dengar sumpah HAsan Ali yang JATI dan dia sendiri tidak pernah mendapat pembiayaan dari SYABAS ataupun Rozali

- Malaysia Waves

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.