`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, March 10, 2013

MB Selangor: Rakyat pegang saham air RM10 bilion, hadiah kerajaan negeri


SHAH ALAM - Hak milik air di negeri Selangor akan diserahkan kepada rakyat, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, rakyat di negeri ini akan menjadi pemegang saham berjumlah RM10 bilion.

“Ini adalah ‘bayaran’ untuk rakyat Selangor kerana memberi mandat kepada saya sebagai Menteri Besar,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Pencerdasan Rakyat dan Pelancaran Akademi Pendidikan Kewarganegaraan dan Demokrasi, di sini semalam.

Abdul Khalid berkata, beliau mentadbir Selangor berdasarkan standard diberikan rakyat iaitu tanpa rasuah, kroni dan bekerja.

“Saya telah cuba capai standard yang diinginkan rakyat dan cubaan ini membuahkan rezeki.

“Oleh sebab itu, kalau kita (kerajaan negeri) berjaya, maknanya rakyat juga berjaya. Salah satu usaha yang saya akan lakukan ialah menyerahkan hak milik air kepada rakyat Selangor.

"Disebabkan kebodohan kita, monopoli air diberikan kepada swasta dan membuatkan keadaan semakin parah, apabila mereka hanya fikirkan untung dan wang," katanya.

Beliau berkata, sekiranya hak milik air diberikan kepada rakyat, ia dikongsi bersama dan tiada sesiapa rugi dalam hal itu.

Menurutnya. apabila dimiliki rakyat, keuntungan diperoleh juga milik rakyat kerana pembayaran dibuat lebih baik.

“Mari kita buat perubahan untuk pembangunan rakyat. Kita berani sebab kita tiada kepentingan dan tidak mendapat habuan untuk usaha itu,” katanya.

Kerajaan negeri Selangor menerusi anak syarikatnya, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil alih operasi air daripada Syarikat Bekalan Air Sdn Bhd (Syabas) terlebih dahulu sebelum meneruskan dengan syarikat-syarikat pemegang konsesi air lain. - SH

Kalau berani, tambah kawasan parking dan jadikan Shah Alam zon parking percuma. Barulah rakyat sayang pada kerajaan PR Selangor. Kalau sebut puluh bilion tapi rasa tidak. Baik cerita benda lain.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.