"Jangan berbohong. Jangan jadi orang yang tidak jujur. Saya juga akan menuntut keadilan untuk mak saya," kata Tan Yu Sing - anak wanita warga emas yang maut dilanggar trak Hilux yang digunakan oleh Umno di sebuah jalan raya di Manjung.
"Sebenarnya tidak ada orang bertatu pun. Dan di dalam kereta itu ada tiga orang selain pemandu.
"Selepas kemalangan, dua orang telah mencabut logo dacing dan gambar Zambry. Selepas itu, pemandu pergi dan yang tinggal dua orang tu je di tempat kejadian," kata ketika dihubungi semalam.
Sementara itu, menurut anak lelaki wanita berkenaan, Tan Yu Sing, meminta pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemandu terbabit.
Beliau juga meminta agar pemimpin Umno tidak lepas tangan berhubung kejadian itu.
"Sebagai pemimpin Umno, anda tidak sepatutnya lepas tangan. Orang yang melanggar itu harus dihukum.
Tan berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Pemuda Umno Lumut, Mohd Shahril Yahya yang mengaku anggotanya terbabit dalam kemalangan tersebut tetapi menafikan dakwaan pemandu kenderaan itu melarikan diri.
Sebaliknya, Mohd Shahril dilaporkan berkata, pemandu itu beredar dari tempat kejadian kerana kononnya takut dengan beberapa orang bertatu yang berada di lokasi kemalangan itu.
Sementara itu, ADUN Sitiawan, Ngeh Koo Ham ketika dihubungi berkata, keluarga mangsa yang mengadakan sidang media di pusat khidmatnya semalam, tidak puas hati dengan kenyataan Mohd Shahril itu.
Selain itu, Ngeh juga meminta agar pemimpin serta Ketua Umno bahagian Lumut yang juga menteri besar haram, Zambry Abdul Kadir bertanggungjawab serta memohon maaf kepada keluarga mangsa.
"Anak-anak wanita itu menyatakan rasa tidak puas hati dan marah dengan Pemuda Umno yang menipu itu.
"Dalam sidang media yang dihadiri empat anak wanita itu, mereka kata tiada orang bertatu. Tetapi menurut anaknya, hanya ada pasukan RELA sahaja.
"Ketua pemuda tu pula kata mereka tak cabut logo, tapi anaknya kata, ada dua penumpang yang telah turun dan cabut logo sebelum pemandu itu lari," katanya.
Ahad lalu, akhbarChina Pressmelaporkan, wanita itu menunggang motosikal berasingan bersama suaminya yang berusia 78 tahun dalam perjalanan pulang selepas menoreh di sebuah estet, dilanggar di sebuah jalan raya di Lekir.
Menurut Facebook cucu mangsa, Joanne Lim, datuknya menunggang motosikal kira-kira enam meter di belakang neneknya sebelum secara tiba-tiba sebuah kereta Hilux dengan logo BN dan Umno meluncur laju dan merempuh belakang motosikal neneknya.
Semalam, pihak polis berkata, mereka telah memulangkan semula trak tersebut selepas menyiasat saksi dan kenderaan terlibat dan kini masih menunggu laporan teknikal Puspakom untuk melengkapkan siasatan.
Sehingga kini, Zambry atau wakilnya enggan memberi sebarang kenyataan jauh sekali menziarahi keluarga mangsa kerana sudah merasa bersalah tetapi takut hendak meminta maaf secara berdepan.
Inilah sikap dan perangai yang ditunjukkan pemimpin Umno laknatullah yang cuma berani menabur fitnah tetapi membisu apabila kroni atau pencacai mereka melanggar undang-undang negara yang kononnya mereka sanjung.
- Jalan Pulang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.