`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, March 10, 2013

PM dan kerajaan EXPIRED dalam bahaya

Blog motherof3mohd.blogspot.com

Kah kah kah...
Najib and kerajaan UMNO/BN dalam bahaya... PRU13 datang mereka tumbang.

Najib Razak pula semakin terdesak. Orang dah tak suka. Populariti pulak bukan semakin mencanak tetapi semakin nazak. Isu pulak berlambak-lambak. Senak yang dah dok ada tak hilang lagi... sengal pulak datang. Apakah Najib kini sedang dimakan sumpah??

Gua bukan UMNO so gua tak tipu. Yang suka nipu ialah UMNO. Hahahaha... Nak tau sapa cakap.. baca berita kat bawah ni..

Konflik Sabah rumitkan keadaan untuk Najib, lapor BofAML

Bukan aku ynag cakap tapi Bank of America Merrill Lynch (BofAML) yang cakap maca. Aku tumpang sekaki menyokong apa yang pihak tu cakap.

Konflik di Sabah antara pengikut Kesultanan Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia boleh menjejaskan populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pilihan raya umum Malaysia, kata Bank of America Merrill Lynch (BofAML).

Dalam nota penyelidikan terbarunya yang bertarikh 7 Mac, BofAML berkata kajiselidik yang dijalankan pada bulan Januari hingga Februari itu menunjukkan bahawa populariti Najib merosot, didorong oleh penurunan dalam sentimen pengundi Melayu, manakala rasa "tidak puas hati" dengan BN dan kerajaan, meningkat.

"Krisis berterusan di Sabah (Lahad Datu) juga boleh merumitkan keadaan untuk PM Najib. Sabah adalah salah satu kubu kuat BN. Sabah dan Sarawak menyumbang satu pertiga daripada Kerusi parlimen BN dalam pilihan raya umum ke-12," kata bank itu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, krisis tersebut, bagaimanapun, tidak menjejaskan persiapan untuk pilihan raya umum ke-13 kata BofAML.

Pada hari Khamis, Malaysia menolak permintaan Sultan Sulu Jamalul Kiram III untuk mengadakan gencatan senjata.

Lebih 200 pengikut Kiram belayar ke Sabah bulan lepas untuk menuntut wilayah tersebut.-MKini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.