`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, March 9, 2013

PRIBUMIS TENTANG DISKRIMINASI WANITA




SETIAP tahun 8 Mac 2013 di sambut Hari Wanita Sedunia atau International Woman’s day. Hari Wanita adalah hari bagi menghargai sumbangan dan pencapaian wanita di seluruh dunia.

Kalau kita lihat dari sejarah sebelum wujudnya Hari Wanita Sedunia ini, wanita asalnya berjuang untuk untuk mendapatkan hak yang sama seperti lelaki dalam masyarakat, politik, ekonomi dan sosial. Mereka juga berjuang menentang diskriminasi terhadap wanita.
Menurut Timbalan Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI’S) Afidah Bujang, pada tahun lepas, disebabkan jenayah ke atas wanita semakin hari semakin meningkat, contohnya jenayah rogol gadis beramai-ramai yang berlaku di India dan negara-negara lain,

Maka, tema Hari Wanita Sedunia pada tahun 2013 adalah ” A promise is a promise: Time for action to end violence against women.”

Mengikut fakta dari United Nations:

- Hampir 50 peratus keganasan seksual berlaku ke atas wanita atau gadis di bawah umur 16 tahun.

- Secara global, 603 juta wanita tinggal di negara yang masih tidak mengiktiraf Domestic violence atau keganasan domestik sebagai jenayah.

- Hampir 70 peratus wanita di dunia ini pernah mengalami gangguan atau keganasan seksual pada satu masa dalam hidupnya. Inilah masanya wanita dan semua komuniti masyarakat bangun dan menyerlah untuk menentang keganasan dan diskriminasi ke atas wanita.

Namun demikian, pada masa yang sama gejala sosial seperti penderaan, penindasan, keganasan, penipuan dan ketidakadilan terhadap wanita serta kanak-kanak terus berlaku dengan meluasnya. Tidak kurang juga mereka yang berpendidikan tinggi dan berjawatan tinggi yang turut terjebak di dalam gejala-gejala ini.

Keadaan ini memberi gambaran bahawa kemajuan dan kejayaan material yang dicapai oleh kaum wanita masa kini yang tidak disertai dengan pembangunan spiritual tidak dapat menjamin dan tidak berupaya untuk melindungi diri mereka khususnya dan ahli masyarakat amnya dari segala bentuk ketidakadilan dan kekejaman.

Walaupun wanita telah maju dari sudut pendidikan tetapi dalam banyak hal masih banyak indeks kesejahteraan wanita yang lemah. Sekali gus ini menunjukkan bahawa perjuangan wanita yang hanya menekankan kesaksamaan gender di dalam semua bidang semata-mata berdasarkan pencapaian material, bagi meningkatkan martabat wanita dan mencapai keadilan tidak mencukupi untuk menjadi penyelesaiaan menyeluruh kepada isu yang dihadapi oleh wanita masa kini; terutamanya ibu-ibu yang bekerja mahupun suri rumah di seluruh negeri katanya.

Justeru, sempena Hari Wanita 2013, marilah kita, tidak kira wanita ataupun lelaki membantu mereleasasikan pelaksanaan langkah-langkah yang membantu para ibu yang bekerjaya. Kerana dedikasi serta semangat jatidiri yang ditonjolkan bukan sahaja sebagai seorang ibu dan isteri, tetapi selaku pendukung aspirasi politik dan ekonomi negara.

Menurut Afidah, PRIBUMI’S melalui sayap Wanitanya turut berasa bangga dan menyokong penuh usaha serta hasrat gerakan wanita di Malaysia yang tidak pernah gentar dan mengalah dalam memperjuangkan kesaksamaan gender dan hak wanita terutama dalam mempertabatkan kaum wanita di negeri ini.

PRIBUMI’S akan bekerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah dalam merangka strategi ke arah mewujudkan dasar atau program yang dapat membantu wanita terutamanya ibu-ibu yang bekerja mahupun suri rumah di seluruh negeri katanya. (Media PRIBUMIS)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.