`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, March 15, 2013

SUBURKAN BOGBOG BANGSA MORO!




Oleh : ABDULLAH SANI HJ ABDUL SALLEH.
TIMBALAN Presiden Penaja USNO Sabah, Abdullah Sani Hj Abdul Salleh mempersoalkan laporan terdapatnya Dokumen Pengenalan orang Suluk dirampas dan dimusnahkan oleh polis. Beliau merujuk kepada laporan akhbar tempatan Sabah seperti Daily Express dan Malaysiakini yang mendakwa bahawa terdapat laporan mengenai perkara ini seperti mana yang dilaporkan.

Laporan Malaysiakini :
Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh mendakwa mendapat maklumat bahawa polis menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Suluk di negeri itu.

Jesteru itu beliau sependapat dengan mantan Ketua Menteri Sabah itu bahawa jika benar perkara ini berlaku; maka ia harus dihentikan dengan SERTA MERTA kerana bercanggah dengan dasar Hak Asasi Manusia yang dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di bawah UNDHR ‘The Universal Declaration for Human Right was adopted by the General Assembly on 10 December 1948’ yang telah mengundi 48 – 0 pada masa itu.

Seharusnya perkara seperti ini tidak berlaku kerana rakyat Negeri Sabah terdiri dari berbilang kaum dan etnik termasuk Bangsa Suluk yang juga menjadi Bumiputera Negeri Sabah sejak kita merdeka; bahkan Bapa kemerdekaan Sabah Tun Mustapha Datu Harun adalah keturunan Bajau dan Suluk.

Begitu juga Pejuang Sabah Paduka Mat Salleh dan terdapat ramai golongan pemimpin Bajausuluk negeri ini yang sangat berjasa kepada Negara; baik pemimpin terdahulu atau pemimpin yang sedia ada di pada masa ini.

Pemimpin-pemimpin suku Suluk yang mendokong kerajaan BN dan yang berketurunan Suluk, antaranya wakil rakyat, Adun, MP, Menteri Menteri kabinet bahkan TYT Negeri Sabah patut membantu masyarakat ini supaya tidak menjadi Mangsa keadaan; atau apa yang dikenali sebagai “Victim Of Circumstance” apabila insiden pencerobohan oleh keluarga 'Pengganas' Kiram yang sedang berlaku pada hari ini dan telah mencabar kedaulatan negara kita.

Pemimpin-pemimpin seperti ini sepatutnya tidak mengeruhkan keadaan lebih lebih lagi mereka ini adalah bangsa dan keturunan Suluk di Sabah. Saya amat kesal kerana pemimpin Suluk Sabah yang memutuskan hubungan atau bakar jambatan dengan Bangsa Suluk Filipina Selatan yang mempunyai hubungan persaudaraan sekian lama; ada di antara pemimpin ini bertindak seolah-olah membodek dan mengisytiharkan kesetiaan kepada Negara; wal hal Negara tidak menuntut kita berbuat demikian rupa.

Pemimpin-pemimpin Suluk 'Hipokrit' seperti ini nampaknya telah menjadikan keadaan lebih parah dan keruh kerana tindakan mereka yang dilihat mengisytiharkan sesuatu yang tidak sepatutnya mereka suarakan sebagai bangsa Suluk atau ektik Suluk di Negeri ini kerana akhirnya bangsa atau etnik mereka sendiri menjadi mangsa keadaan.

Sepatutnya mereka ada rasa 'Bogbog' kepada bangsa mereka dengan memberikan keyakinan atau membantu bangsa Suluk di Negeri supaya terus cekal menghadapi pencerobohan pengganas yang terdiri daripada Keluar Kiram dan telah mencabar kedaulatan negeri ini.

Saya tahu pada hari ini anak-anak Bajau dan Suluk berada di barisan depan di Kg. Tanduo, Tg. Batu, Sungai Bilis dan seluruh Sabah menghadapi Tentera Kiram; mereka berperang, mereka berkorban untuk memastikan kedaulatan kita, tetapi mereka tidak perlu heboh-heboh soal perjuangan ini kerana mereka tahu bahawa mereka adalah anak Malaysia yang bertanggung jawab kepada kedaulatan Negara.

Kenyataannya itu timbul susulan dakwaan dilaporkan media Filipina mengenai dakwaan pelanggaran hak asasi yang dilakukan pasukan keselamatan Malaysia dalam operasi di pantai timur Sabah; khasnya di kawasan Esscom atau SSA yang telah diluluskan baru-baru ini oleh Kabinet Malaysia di bawah Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Portal Inquirer Global Nation pada hari Sabtu lalu yang memetik seorang pemimpin Sulu melaporkan, Pasukan Keselamatan Malaysia menyerbu kediaman warga berkenaan di Sabah dan memusnahkan dokumen tersebut.

Datuk Bandar Jolo, Sulu itu mendakwa, golongan yang memiliki dokumen yang sah seperti pasport dan dokumen pengenalan juga tidak terkecuali.

"Dokumen ini didakwa dikoyak di hadapan mereka," katanya. Beliau turut mendakwa, warga berkenaan dipaksa berlari sebelum ditembak.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari Selasa lalu dilaporkan menafikan dakwaan tidak berasas berhubung tembakan 'palsu' berkenaan.

Sabahkini.net sedang menjalankan siasatan dan akan menerbitkan laporan khas berhubung isu ini yang semakin mengeruhkan hubungan Manila-Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.