`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, March 16, 2013

TABAH KESAL MEMO TANAH ADAT TIDAK DAPAT RESPON





Oleh : ZIKRI ZAKARIA
NGO berkaitan tanah, TABAH, akan bermesyuarat pada 16 Mac bertempat di pejabat PAS Kota Kinabalu bagi membincangkan tindakan susulan menghantar memorandum kepada Ketua Menteri Sabah.

Jurucakap TABAH, Hamzah Hj. Abdullah menegaskan bahawa tiada apa-apa tindakan yang meyakinkan yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu rampasan tanah yang semakin berleluasa kini.
Protes yang dibuat pada 12 Mac 2012 yang diterajui oleh pimpinan TABAH yang berarak ke Pejabat Ketua Menteri dengan disertai ribuan anak negeri/orang asal yang tanah mereka telah dirampas, tidak mendapat reaksi positif dari Kerajaan Negeri Sabah.

Apa yang lebih dikesalkan ialah Kerajaan Negeri lebih mengutamakan taukeh-taukeh kroni dengan sewenang-wenangnya, meluluskan pemajakan dan pemilikan tanah dengan membiarkan hak anak negeri/orang asal dirampas semahunya.

Hamzah Abdullah yang juga merupakan seorang pimpinan PAS Negeri berharap semua NGO yang memperjuangkan hak asasi tanah anak negeri/orang asal dapat menghantar wakil mereka ke mesyuarat yang akan diadakan pada hari ini, 16 Mac 2013.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.