`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, March 9, 2013

Terkini Lahat Datu - 27 lelaki dalam tiga bot ditahan di pantai Tanjung Batu

Seramai 27 lelaki dalam tiga buah bot ditahan pagi ini di kawasan pantai Tanjung Batu, Lahad Datu berhampiran zon operasi di mana pasukan keselamatan melancarkan gerakan mengusir penceroboh Sulu, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

"Kami telah menyerahkan mereka kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk siasatan.


"Kita tidak mahu sesiapa pun memasuki kawasan operasi. Ia akan menjejaskan operasi dan membahayakan nyawa," katanya dalam satu sidang akhbar di Felda Residence Sabahat, Lahad Datu, pagi ini.

Ismail berkata tidak jelas sama ada mereka cuba memasuki zon operasi atau meninggalkannya, dan polis masih menyiasat motif mereka.

Ismail berkata mereka yang mendakwa ingin menangkap ikan, ditahan di atas bot masing-masing setelah pihak keselamatan mencurigai kehadiran mereka di kawasan larangan itu, dan menyerahkan kesemua mereka kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun, Ismail berkata, tiada senjata ditemui di dalam bot mereka. Beliau juga tidak mendedahkan kerakyatan mereka yang ditahan itu.

Dengan ini, jumlah tangkapan suspek berhubung krisis Sabah yang bermula 12 Februari lalu ialah 106 orang.

Dalam sempadan operasi yang terdiri daripada Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, Ismail berkata tidak ada perkembangan baru selain daripada seorang penceroboh ditembak oleh oleh pasukan keselamatan pagi ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.