`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, March 22, 2013

TERKINI - PERISTIWA BERDARAH #LahadDatu SABAH !!

Anda baca laporan terbaru di bawah. Dan kali ini, apakah alasan pemimpin pakatan pembangkang yang sebelum ini membangkitkan kemarahan rakyat kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa menghina pasukan keselamatan di Sabah?


Sila baca :
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua seolah-olah mencabar institusi mahkamah, pihak berkuasa dan rakyat Malaysia yang semakin memuncak kemarahan kepada beliau apabila terus-terusan menyifatkan insiden pencerobohan kumpulan pengganas di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO dan Barisan Nasional (BN). 
 Terbaru, tohmahan secara terbuka Tian Chua dibuatnya ketika beliau berucap pada ceramah manifesto pakatan pembangkang Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi. 
Ia hanya seminggu selepas prosiding pendakwaan terhadap Tian Chua bermula pada 14 Mac lalu apabila beliau dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung dakwaannya sebelum ini bahawa pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO.
KANTOI! Tian Chua Fitnah Najib bersama Al-Tantunya! Foto superimposed!

Tian Chua didakwa membuat kenyataan kepada portal lidah rasmi PKR, Keadilan Daily pada 1 Mac lalu bahawa insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara UMNO.
Pada masa sama, Tian Chua tidak mempedulikan perasaan rakyat Malaysia yang mana sejak 1 hingga 20 Mac lalu, 1,361 laporan polis telah dibuat terhadapnya. 

Ia ekoran kenyataannya itu yang ternyata mengguris hati banyak pihak terutama keluarga perwira negara yang terkorban dalam Operasi Daulat memerangi kumpulan pengganas Kiram. 
Dalam ucapan terbarunya malam tadi, Tian Chua mendakwa insiden pencerobohan di Sabah itu sebagai konspirasi UMNO dan BN untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah. 
konspirasi?
 Ahli Parlimen Batu itu mendakwa, insiden pencerobohan yang dicetuskan oleh kumpulan pengganas Kiram itu digunakan oleh UMNO dan BN bertujuan mengalih perhatian masyarakat daripada isu pemberian kad pengenalan kepada orang asing di Sabah. 
Video : Tian Chua kantoi all-time!! 
"Nampaknya, kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) gunakan kes ini untuk menakut-nakutkan rakyat dan mengalih pandangan orang awam daripada isu pokok iaitu satu tajuk yang sangat hangat (iaitu) Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Sabah iaitu projek IC (kad pengenalan) kepada orang asing secara banyak. Itu saya sifatkan sebagai konspirasi. 
Editor KeadilanDaily mengaku laporan mereka betul 
 "Atas sebab itu saya tetap menyatakan adalah konspirasi UMNO untuk mencemarkan pihak pembangkang bukan sahaja dalam kes Lahad Datu tetapi setiap kes dari awal lagi. Kita lihat tiap kali pilihan raya mesti ada konspirasi untuk mencemar dan menjatuhkan imej pakatan pembangkang," katanya. 
Malah, dalam ceramahnya kali ini, Ahli Parlimen Batu itu menambah tohmahan liar apabila mengaitkan tragedi Memali pada 1985 sebagai salah satu daripada konspirasi UMNO. 
Seterusnya beliau mendakwa tidak pernah menghina anggota keselamatan sama ada polis atau tentera. 
"Pada zaman reformasi berapa kali saya dihentam, dipukul, dibelasah oleh polis. Berapa kali saya ditahan. Pernah ke saya balas kekerasan itu.Pernah ke kita lakukan keganasan terhadap polis. Pernahkah kita baling batu kepada pihak polis. 
"Ini adalah kerana kita menghormati peranan mereka (polis). Kita memahami mereka hanya menjalankan tugas apabila diarah," ujarnya. - UTUSAN ONLINE

1,361 laporan polis dan Tian Chua sedang berdepan dengan prosiding mahkamah tentang isu yang sama tetapi pemimpin PKR ini masih ligat dan keras kepala bercakap tentang perkara yang sama?

Dan apakah Tian Chua PKR akan menjawab bahawa 'media salah lapor' sekali lagi atau saman lagi? 

Dan betulkah kata-kata pemimpin PKR yang kononnya menghormati peranan anggota keselamatan?  

Lihat foto-foto di bawah :
 
Kalau hormat polis, ikuti arahan dan tidak perlu sampai diheret macam ini!


Sedia mengepalai sekumpulan Melayu bersedia untuk menyerang polis FRU.


1...2...3...


Perusuh bermula untuk berlari ke arah FRU


Perusuh menyerang berlari ke arah FRU

Bagaimana pula dengan aksi-aksi keganasan pembangkang seperti di bawah :






Walaubagaimana pun, rakyat tidak bodoh dan akan menghukum kepimpinan pakatan pembangkang di PRU13 nanti!

Anda baca analisis perbezaan keterangan di antara Tian Chua dengan KeadilanDaily :

KENYATAAN KONTRA INSIDEN TEMBAK-MENEMBAK DI SABAH #LahadDatu

MiM tersenyum sinis dengan polemik siapa yang salah di antara lidah rasmi PKR,KeldaianDaily KeadilanDaily dan Tian Chua. Dek kenyataan yang kontra di antara mereka dengan Tian Chua, bloggers pula yang disalahkan.


Anda baca dulu laporan di bawah sebelum MiM jelaskan perkara yang sebenarnya :
Editor Keadilan Daily, Fazallah Pit mendakwa kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua yang menyatakan insiden tembak-menembak di Kampung Tanduo, Sabah, merupakan satu konspirasi UMNO seperti yang disiarkan di dalam portal itu adalah  benar. 
Fazallah yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini berkata, wartawan yang menulis berita itu, Aisha Geoffry menghubungi sendiri Tian Chua dan membuat laporan berdasarkan kenyataan ahli politik tersebut. 
Fazallah berkata, kenyataan yang telah dibuat dalam konteks sebelum dua anggota pasukan keselamatan ditembak mati iaitu pada 1 Mac lalu itu bagaimanapun telah dimanipulasikan oleh para blogger sehingga memberi pemahaman yang berbeza kepada pembaca. 
"Laporan Tian Chua betul tetapi telah dimanipulasi blogger-blogger sehingga memberi gambaran pembacaan yang berbeza. 
"Ketika dihubungi Aisha, komen Tian Chua itu adalah sebelum polis mengeluarkan pengesahan rasmi yang mengatakan terdapat anggota polis yang terkorban dalam insiden di Lahad Datu," katanya ketika ditemui di sini. 
Fazallah dan Aisha hadir di pekarangan IPD Petaling Jaya pada pukul 2 petang bagi membantu siasatan berhubung perkara itu, sebelum mereka keluar hampir tiga jam kemudian. 
Tian Chua sebelum ini mengeluarkan kenyataan di dalam portal Keadilan Daily bahawa insiden tembak-menembak di Kampung Tanduo, Sabah merupakan konspirasi UMNO bagi mengalihkan perhatian dan menakut-nakutkan rakyat. 
Sementara itu, peguam yang mewakili kedua-dua belah pihak, Eric Paulsen pula menyifatkan, siasatan yang dijalankan polis adalah satu pembaziran serta remeh untuk dijalankan. 
"Lebih 200 laporan yang disiasat polis adalah banyak membazirkan masa dan agak remeh. Jelas sekali isu ini berbau politik dan Tian Chua telah ‘dikambinghitamkan’," katanya. 
Difahamkan, buku nota Aisha yang menyalin segala percakapan Tian Chua ketika dihubungi telah diambil polis untuk tujuan siasatan. - Utusan
Sebenarnya ada jawapan kepada isu ini dan yang salah sebenarnya sama adaKeldaianDaily KeadilanDaily atau pun Tian Chua atau pun kedua-duanya.

Lihat perbandingan di bawah :

1. KeadilanDaily berkata "Laporan Tian Chua betul tetapi telah dimanipulasi blogger-blogger sehingga memberi gambaran pembacaan yang berbeza."

2. Tian Chua pula berkata "Tiada sebab saya perlu minta maaf sebab kenyataan itu diolah editor Suara Keadilan. "

KeldaianDaily mempertahankan kenyataan mereka manakala Tian Chua berkata ianya olahan editor KeldaianDaily KeadilanDaily.

Come on pembangkang......you can do better then this. Rakyat tidak sebodoh yang mereka sangka!

Rujuk pula kenyataan ini : "Ketika dihubungi Aisha, komen Tian Chua itu adalah sebelum polis mengeluarkan pengesahan rasmi yang mengatakan terdapat anggota polis yang terkorban dalam insiden di Lahad Datu," katanya ketika ditemui di sini.

So?

Bagi kita, sama ada sebelum atau selepas 'polis mengeluarkan pengesahan rasmi', ianya tidak akan dapat mengizinkan sesiapa pun membuat tuduhan berbentuk penghinaan seperti yang dibangkitkan oleh rakyat.

Lebih-lebih lagi orang seperti Tian Chua, seorang wakil rakyat dan pemimpin politik!

Membuat penilaian sendiri, serkam jarang hentam sembromo tanpa mendapat kesahihan berita adalah satu langkah kurang bijak yang akhirnya memakan diri sendiri. Begitu juga dengan mesej di twitter Tian Chua.



Akhirnya sikap pemimpin pembangkang yang akan menyalahkan parti UMNO/BN ke atas apa sahaja perkara besar yang berlaku akan menambahmualkan rakyat.

Tangan dan mulut mereka seolah-olah 'diprogram' dan sekarang memakan diri sendiri.

Sekarang, isu ini dibawah siasatan pihak polis dan kita nantikan perkembangan seterusnya. Apa pun, damage has been done dan pakatan pembangkang terpaksa menanggung malu dan dimalukan!

Dalam masa yang sama, MiM kecewa dengan kenyataan peguam pro-pembangkang yang mengatakan bahawa 200 laporan polis ke atas Tian Chua adalah 'membazirkan masa dan agak remeh'.

Apakah luahan perasaan isteri polis daripada Lahad Datu dan isteri-isteri polis di bawah ini 'membazirkan masa dan agak remeh'?


Lihat video di bawah :



Kita tidak pernah terfikir luahan perasaan dan laporan polis itu membazirkan masa dan agak remeh. Ianya sangat perlu agar tidak ada lagi pihak yang biadap dan kurang ajar di negara ini.

DrMiM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.